Sunday, June 29, 2008

Easy vs difficult


EASY
DIFFICULT

Easy to judge the mistakes of others
Difficult to recognize our own mistakes

Easy to talk without thinking
Difficult to refrain the tongue

Easy to hurt someone who loves us.
Difficult to heal the wound...

Easy to forgive others
Difficult to ask for forgiveness

Easy to set rules.
Difficult to follow them...

Easy to dream every night.
Difficult to fight for a dream...

Easy to show victory.
Difficult to assume defeat with dignity...

Easy to admire a full moon.
Difficult to see the other side...

Easy to stumble with a stone.
Difficult to get up...

Easy to enjoy life every day.
Difficult to give its real value...

Easy to promise something to someone.
Difficult to fulfill that promise...

Easy to say we love.
Difficult to show it every day...

Easy to criticize others.
Difficult to improve oneself...

Easy to make mistakes.
Difficult to learn from them...

Easy to weep for a lost love.
Difficult to take care of it so not to lose it.

Easy to think about improving.
Difficult to stop thinking it and put it into action...

Easy to think bad of others
Difficult to give them the benefit of the doubt...

Easy to receive
Difficult to give

Easy to read this
Difficult to follow

Easy keep the friendship with words
Difficult to keep it with meanings

PENAWAR KEPENATAN

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebananhidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman."Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wallahualam..

Tuesday, June 24, 2008

Ular Ada Kaki


Dilihat 70 Kali Sehari

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali...
Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa. Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu. Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabie biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.
Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah? . Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat..
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.
Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna. Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya.
Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang.
Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.
Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka. Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu. Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba. Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi.
Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.
Firman Allah Taala yang bermaksud :Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.( Surah Al-Araf ayat 34 )Wallahualam..

Monday, June 23, 2008

Bom Nuklear


Gambar di atas adalah ujian nuklear yang dibuat oleh Perancis pada suatu ketika dahulu. Ia diadakan di Lautan Pasifik. Ketika itu banyak negara berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan dengan mengadakan ujian demi ujian. Perancis umpamanya walaupun dibantah oleh seluruh dunia tetap berdegil dan meneruskan ujian. Siapa yang berani mengambil tindakan? Tak ada siapa...

Seseorang pernah bertanyakan kepada seorang yang berpengaruh di Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) berkenaan berapakah kekuatan bom nuklear sekarang berbanding yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. Jawapannya ringkas sahaja... 'Andai kata bom digugurkan di Kuala Lumpur, seluruh Semenanjung Malaysia akan musnah sama sekali. Begitulah kekuatannya.


Dia bertanya lagi... Bagaimana Pakistan mampu membuat bom nuklearnya sendiri? Jawapannya ialah seorang Saintis Pakistan terpaksa menyamar menjadi budak pejabat di pusat nuklear di Perancis lebih kurang sepuluh tahun untuk mengetahui rahsia pembuatannya. Bayangkanlah tidak semudah itu barat ingin memindahkan tenologi kepada sebuah negara Islam. Tipu helah terpaksa dibuat untuk mendapatkan formula yang bukan sedikit dan terpaksa difotostat sedikit demi sedikit hingga bertahun-tahun lamanya. Selepas itu khabarnya orang Islam terus dihalang dari bekerja di tempat-tempat sensitif di Perancis.
Tahukah anda sewaktu bom atom mula-mula dicipta berapakah perbelanjaan dikeluarkan secara keseluruhannya termasuk bom yang diletupkan dibawah tanah di padang pasir di Amerika ketika itu.


Jawapannya ialah kira-kira USD20 Billion...


Kalau sekarang mungkin menjadi USD Trillion.Lihatlah bagaimana manusia sanggup menghabiskan bertrillion dollar US setahun untuk memusnahkan antara satu sama lain walhal beramai manusia masih dalam kebuluran dan di ambang kemiskinan di serata dunia.

Di Mana Ada Kemahuan...






Namanya ialah Oscar Pistorius atau lebih dikenali sebagai “Blade Runner”. Beliau merupakan seorang pelari pecut bertaraf dunia berasal dari Sandton, Gauteng Province, Afrika Selatan. Baru-baru ini beliau telah memenangi 'pertarungannya' untuk bertanding di Sukan Olimpik Beijing 2008 setelah permohonannya ditolak pada 14 Januari 2008 kerana badan bertanggungjawab menganggap bilah larian ‘Cheetah Flex-Feet’ merupakan alat bantu yang memberinya kelebihan dalam pertandingan. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.
Apa yang hendak dibicara di sini ialah kesungguhan beliau dalam menempuh cabaran. Dengan 'kecacatan' yang beliau ada bukanlah menjadi penyebab untuk beliau berputus asa dengan menjadi peminta sedekah di tepi-tepi jalan tetapi beliau menukar 'kekurangan' tersebut menjadi satu 'kelebihan' yang menyebabkan beliau menjadi terkenal di seluruh dunia.Namun satu yang harus diingat, kejayaan bukan datang dalam sekelip mata. Ianya mesti disertai dengan minat dan kesungguhan yang berterusan.
Gambar di atas menceritakan segalanya. Sesiapa sahaja boleh berjaya sebenarnya termasuk anda. Kenalpasti bakat anda dan banyakkan membaca kisah mereka yang berjaya dalam bidang yang sama seperti mana bidang yang anda minati. Fokus. Dan bertawakal kepada Allah swt, insyaAllah jika semuanya mengikut landasan yang betul tidak mustahil anda akan mencapai matlamat anda.


Pertandingan Kambing Tercantik di Arab Saudi






Pertandingan Kambing Tercantik ini berlangsung di Riyadh, Arab Saudi. Mungkin ramai antara kita yang tak pernah melihat kambing-kambing yang berupa seperti ini. Di Malaysia ada juga pertanding yang serupa dijalankan terutama sewaktu berlangsungnya Ekspo Pertanian, Penternak dan Nelayan peringkat negeri mahu pun kebangsaan.


Cuba lihat telinga kambing-kambing ini.. unik bukan? Bagi yang tak pernah melihatnya pasti kagum. Namun jangan lupa kekaguman tersebut hendaklah berbalik kepada Allah, Maha Pencipta. Sebab itu kita sering disarankan menyebut 'Alhamdulillah' kerana "Segala Puji itu bagi Allah jua".


Foto Perkhemahan Agong Badan Beruniform 5




Foto Perkhemahan Agong Badan Beruniform 4




Tuesday, June 17, 2008

Monday, June 16, 2008

BERTUKAR KE SEKOLAH BARU

Buat Tuan Haji Khairuddin bin Ghazali
Selamat bertugas di tempat baru
SK Bahagia, Kuala Krai, Kelantan.
Jasamu tetap diingati selama menabur bakti
di SK Gual Sitok.
Selamat Maju Jaya.......
Semoga beroleh ketenangan sepanjang masa.
BERBAKTILAH DEMI ANAK BANGSA

Perkhemahan Badan Beruniform SKGS


FIKIRAN POSITIF

Macamana nak berfikiran positif?

Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan...

1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak Emosi Negatif. Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka.Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.

4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar.Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan.Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri.Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan Ambil Kisah Cakapan Orang.Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas.Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan.Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubah ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up.Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda!

Hikmah Memberi Kemaafan

Saya kongsikan 5 hikmah memberi kemaafan dari Dr Fadzilah Kamsah. Dengan selalu memberi kemaafan, sikap ini dapat...

1.Mencuci hati
2.Menenangkan fikiran
3.Menjadikan wajah menawan dan ceria
4.Sembuh dari penyakit
5.Mengurangkan stress


Tanya diri Anda, adakah selama ni Anda selalu memberi kemaafan?

Inilah Politik



Musuh hari ini tidak bermaksud musuh selamanya. Segalanya boleh berubah.

Surat Kita Serah Pulau Batu Putih



Inilah surat yang bertarikh 21 September 1953 yang dihantar oleh Pejabat Kerajaan Negeri Johor memaklumkan bahawa kerajaan negeri Johor tidak menuntut hakmilik Pedra Branca.

PERAYAAN PELIK


Thursday, June 12, 2008

Dikir Minyak Naik

Minyok O Minyok Guano gak naik lagi
Bukan sikit tapi banyok, habis gak sendi-sendi
Rakyat sesoak, sekok seboak, ingat ko janji-janji
Lepas sebabak mari sebabak, bare naik berkali-kali


Dok mernung atas tangga pikir gapa nak buat kerjo
Sikso sungguh sari duo takdok pitih nak buat belanjo
Susoh sungguh hidup lo ni sari sari gak makin pening
Sedih tengok ko anok bini sien male nasi ike kering


Minyok O Minyok Guano gak naik lagi
Bukan sikit tapi banyok, lemoh habis gak sendi-sendi
Rakyat sesoak, sekok seboak, ingat ko janji-janji
Lepas sebabak mari sebabak, bare naik berkali-kali


Mujor anok pakat reti tengok ayoh susoh hati
Takdok duit mitak beli cuma doa ayoh murah rezeki
Bangun pagi nok gi mengaji, gelap gelemat berjale kaki
Tiket bas tok beli lagi takdok pitih ambo nok bui


Minyok O Minyok Guano gak naik lagi
Bukan sikit tapi banyok, lemoh habis gak sendi-sendi
Rakyat sesoak, sekok seboak, ingat ko janji-janji
Lepas sebabak mari sebabak, bare naik berkali-kali


Ambo kerjo rumah batu, itulah hak ambo tahu
Minyok naik tak reti radu, nak beli budu pun tak mapu
Bini di rumah jahit atap dengan tule nyo empat kerat
Tak mising tak pernah harap reda belaka hok tuhan surat


Minyok O Minyok Guano gak naik lagi
Bukan sikit tapi banyok, lemoh habis gak sendi-sendi
Rakyat sesoak, sekok seboak, ingat ko janji-janji
Lepas sebabak mari sebabak, bare naik berkali-kali


Gi kedai cari susu tokey kato harga baru
Seluk pitih gak dale saku kiro kiro buleh beli budu
Nok berutan pun raso malu banyok benar doh dale buku
Tokey tengokpun wat tok tahu moga tok bayar dah 4 5 minggu


Minyok O Minyok Guano gak naik lagi
Bukan sikit tapi banyok, lemoh habis gak sendi-sendi
Rakyat sesoak, sekok seboak, ingat ko janji-janji
Lepas sebabak mari sebabak, bare naik berkali-kali


Kawe ingat maso mula demo mari kecek ambo
Undi demo buleh belako lepas ni demo kayo
Tokde sepenggal jadi raja minyok naik gak gilo gilo
Mulut manis dibibir saja janji dulu demo sudah lupo


Minyok O Minyok Guano ni naik lagi
Bukan sikit tapi banyok, lemoh habis gak sendi-sendi
Rakyat sesoak, sekok seboak, ingat ko janji-janji
Lepas sebabak mari sebabak, bare naik berkali-kali

Saturday, June 7, 2008

Wednesday, June 4, 2008

MENCECAH KERETA DARIPADA KECURIAN




Pernahkah anda melihat kereta yang dikunci sebegini rupa? Kalau beginilah keadaannya jelas menunjukkan bahawa bandar di mana kereta ini berada bukanlah lokasi yang selamat untuk diduduki. Di Malaysia keadaan sebegini mungkin akan berlaku di masa depan kalau satu usaha yang bersungguh-sungguh di pihak berwajib tidak dilakukan.

Adakah anda mambuat pilihan yang betul


Mitos :
Anda memilih untuk makan gaji kerana anda rasa ia zon selamat walhal gaji naik hanya sedikit sahaja setiap tahun berbanding keperluan hidup yang sentiasa meningkat...
Realiti :
Tidak ada zon selamat sebenarnya... bank juga boleh ditutup.
Mitos :
Anda merasakan dapat gaji RM1,500 sebulan dah cukup banyak walhal nak beli TV plasma pun tak cukup...
Realiti :
Orang yang berkerja sendiri RM1,500 hanyalah pendapatan bersih bagi satu projek sahaja..
Mitos :
Anda rela naik bas turun bas atau naik kereta di awal pagi dan pulang lewat petang semata-mata untuk makan gaji dan menunaikan tanggungjawab...
Realiti :
Di negara Barat sistem kerja dari rumah telah lama diamalkan. Mereka bukan sahaja mampu menyiapkan kerja bahkan dapat bersama keluarga...
Mitos :
Anda menetapkan pada diri sendiri berapa pendapatan yang patut anda dapat berdasarkan kelayakan yang anda ada semasa memohon kerja..
Realiti :
Sesiapapun berhak berjaya jika pandai mengambil peluang dan mengenalpasti kebolehan dan kekuatan yang ada pada diri sendiri...
Mitos :
Tak pandai berniaga kerana tidak mempunyai bakat..
Realiti :
Ramai yang berjaya kerana mereka tahu menggunakan bakat yang ada pada orang lain..

Masa





Masa yang kita ada hanyalah 24 jam sehari. Tidak pernah berubah sejak dahulu. Namun masa yang sama ini membawa senario yang berbeza kepada situasi yang berbeza.


1) Kalau bosan - Satu jam bagaikan sehari

2) Kalau teruja - Sehari bagaikan seminit

3) Kalau rindu - Sehari bagaikan setahun

4) Kalau terseksa - Sesaat bagaikan berbulan-bulan

5) Kalau menunggu - Seminit bagaikan sejam



Begitulah situasinya ketika di dunia. Di Mahsyar kelak suasana tidak jauh berbeza. Kepada yang beriman, ribuan tahun di Mahsyar akan terasa sekejap sahaja tetapi bagi yang engkar satu saat pun terasa tersangat lama bahkan ada yang menggesa supaya dimasukkan sahaja dirinya ke neraka kerana tidak tahan dengan siksaan ketika itu. Walhal mereka tidak tahu bahawa siksaan di neraka tidak dapat dibandingkan dengan siksaan ketika di Padang Mahsyar.

Tuesday, June 3, 2008

PESANAN DARIPADA KRT GUAL SITOK


KRT Gual Sitok mengucapkan selamat bercuti kepada semua anak didik SKGS. Semoga tidak melupakan buku-buku pelajaran dan kerja rumah yang dibekalkan oleh guru-guru.

KURSUS PENDEDAHAN PROGRAM SIFAR DADAH ( PROSIDAR )

Tarikh : 4 -5 Jun 2008
Hari : Rabu dan Khamis
Tempat : PKG Rantau Panjang
Peserta dari SK Gual Sitok : Cikgu Habit Ahmad Syed Daud