Saturday, June 27, 2009

PROGRAM WACANA ILMU



















Sunday, June 21, 2009

SEMINAR GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING KEBANGSAAN 2009

Seminar ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah kelolaan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan dan Jabatan Pelajaran Selangor. Diadakan selama 4 hari bermula 15 - 18 Jun 2009 bertempat di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor. Seramai hampir 200 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling serta pegawai-pegawai kaunseling JPN seluruh Malaysia dan AJK Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan terlibat sebagai peserta.

Seminar selama 4 hari ini yang bertemakan " Mendepani Cabaran Globalisasi "memberikan banyak input yang berkualiti demi memantapkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Seramai 6 orang penceramah dan pembentang kertas kerja telah dijemput untuk membentangkan beberapa tajuk penting. Di antaranya ialah Prof Madya Dr. Hj. Abdullah Sudin bin Hj. Ab.Rahman daripada Kolej Teknologi Darul Naim yang membentangkan tajuk Disiplin Tanpa Dendaan.

Turut dijemput ialah Prof Dr. Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Kajian Sosial Malaysia yang membicarakan tentang Masalah Sosial Seks Bebas di Kalangan Remaja. Selain itu En. Wan Hassan Wan Ahmad, Pengarah Triple Power Learning turut mengutarakan kertas kerjanya yang bertajuk Emotional Spiritual Quotion Management (ESQ).

Bersempena dengan seminar ini juga turut dilancarkan sebuah buku berjudul Kes-Kes Kaunseling Sekolah Menengah untuk tatapan dan rujukan semua guru-guru kaunseling.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zulkifli bin Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Foto-foto seminar akan diupload kemudian.