Friday, September 18, 2009

KESAN BAHAN KIMIA DALAM MERCUN


oleh Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim

Bahan letupan sering digunakan dalam peperangan. Seni pembuatan bahan letupan dan mercun yang dikenali sebagai piroteknik dipelopori oleh China semenjak abad ke-13.

Kemudiannnya, ia tersebar ke negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Eropah, Rusia dan Jepun. Permainan mercun menjadi tradisi bagi sesetengah negara. Amerika Syarikat, contohnya, meraikan Hari Kemerdekaan dengan permainan mercun secara besar-besaran. Jerman pula hanya membenarkan permainan mercun semasa sambutan tahun baru.

Budaya ini kemudian menular ke Malaysia terutama di kalangan masyarakat Melayu dan Cina yang dimainkan antaranya semasa Tahun Baru Cina, malam tujuh likur, Hari Raya dan acara perkahwinan.

Suka Membawa Duka

Perlu diingat, dalam bersuka ria, mercun juga sering membawa bencana akibat kecuaian. Kes-kes tersebut selalu terjadi kepada kanak-kanak serta remaja.

Kejadian paling buruk di negara ini ialah letupan di kilang mercun di Sungai Buloh, Selangor yang mengorbankan banyak nyawa.

Pengendalian bahan letupan mempunyai risiko yang tinggi. Ramai tidak memahami cara pembuatan mercun serta bahan-bahan kimia yang terkandung di dalamnya. Membuat mercun sendiri pastinya lebih berbahaya. Percampuran bahan-bahan kimia dengan alat-alat yang direka sendiri (seperti batang paip) boleh mengakibatkan letupan.

Orang ramai, khasnya ibubapa harus prihatin dalam masalah ini kerana bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan mercun boleh mengakibatkan keracunan jika termakan atau terhidu.

Bahan Kimia

Kalium nitrat, strontium nitrat, kuprum oksida, karbon perklorat, barium klorat, potasium perklorat, sulfur, serbuk aluminium dan arsenik adalah antara bahan kimia dalam mercun yang boleh menjejaskan kesihatan.

Tujuan penggunaan pelbagai bahan ini adalah untuk memberi fungsi yang berlainan seperti membekalkan oksigen dan karbon, kesan bunyi dan warna. Tindakan kimia dalam mercun akan menghasilkan banyak asap hasil daripada bahan kimia beracun dan boleh membahayakan kesihatan.

Bahan campuran klorat dan perklorat berbahaya kerana mudah terbakar. Klorat adalah ejen pengoksidan yang kuat dan boleh menjadi toksik jika terhidu atau termakan. Pendedahan kepadanya boleh menyebabkan hemolisis iaitu pemusnahan sel darah merah dengan pembentukan metemoglobin. Ia juga membahayakan buah pinggang. Terdedah kepadanya boleh menyebabkan muntah dan kesakitan pada perut.

Sebatian barium menyebabkan keracunan dengan menunjukkan tanda-tanda seperti muntah, sakit pada bahagian perut, cirit-birit berdarah, kesesakan nafas, sawan, koma atau mati akibat kegagalan jantung atau pernafasan.

Jika tersedut, ia boleh menyebabkan penyakit paru-paru, lumpuh otot-otot, darah tinggi dan kekurangan zat kalium dalam tubuh.

Sebatian nitrat pula menyebabkan hakisan pada tisu-tisu kulit serta pelbagai penyakit-paru-paru. Bahan nitrat mudah memasuki tubuh melalui kulit terutamanya jika kulit mengalami kecederaan akibat terbakar.

Pendedahan kronik (lama) melebihi 5mg/kg/hari perlu dielakkan. Kajian menunjukkan mereka yang mengalami luka akibat kebakaran boleh menghadapi masalah gangguan darah yang teruk selepas terdedah kepada semburan kimia yang mengandungi nitrat.

Keracunan nitrat berkaitan dengan pengsan, pening, keletihan, sesak nafas, mual, muntah, tekanan darah rendah dan sakit kepala.

Sulfur boleh memasuki tubuh melalui pernafasan. Keracunan sulfur boleh menyebabkan rengsa kulit, mata, paru-paru dan saluran perut. Kesan-kesan lain ialah sesak nafas, batuk, rasa terbakar dan sakit dada.

Lain-lain Bahan Kimia Dalam Mercun

* Campuran karbon : hidu dan penyerapan melalui kulit - rengsa kulit, kerosakan hati dan buah pinggang, sistem jantung dan darah

* Kuprum oksida : hidu - rengsa saluran pernafasan, demam 'asap logam', selesema, rengsa kulit

* Asid pikrik : hidu dan penyerapan melalui kulit - gatal kulit, kerosakan hati dan buah pinggang

* Strontium : termakan - muntah, sakit perut, najis berdarah, gangguan darah

Kecederaan Teruk

Orang ramai harus sedar kos mengubati mereka yang cedera dan keracunan akibat mercun boleh menelan belanja hingga beribu ringgit.

Biasanya mangsa akan mengalami kecederaan yang teruk seperti buta, kehilangan jari, kebakaran pada tubuh dan mungkin mengalami gangguan jangka panjang akibat pendedahan kepada bahan kimia beracun tanpa disedari.

Bencana mercun tidak boleh dipandang ringan. Oleh itu, jauhilah mercun. Jangan membazir wang anda dengan membelinya.

Tuesday, September 15, 2009

Bulan Bahasa Kebangsaan

Bulan Bahasa Kebangsaan

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.



Hadiah Bahasa Institusi Perbankan
Time:31hb Oktober 2009 8.00 pagi
Locationewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Hadiah Bahasa Pihak Berkuasa Tempatan
Time:31hb Oktober 2009 8.00 pagi
Locationewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Sayembara Lagu Puisi Berkumpulan
Time:31hb Oktober 2009 8.00 pagi
Location:Tenom
Program ini dianjurkan oleh DBP Cawangan Sabah, untuk keterangan lanjut sdr. bolehlah menghubungi Puan Asmiah Ajamain, no. telefon 088-439260 atau e-mel: asmiah@dbp.gov.my. Harap dapat membantu. Sekian, terima kasih.

Khemah Bahasa Pelbagai Kaum
Time:30hb Oktober 2009 8.00 pagi
Location:Trolak Country Resort

Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah Prauniversiti Peringkat Kebangsaan
Time:29hb Oktober 2009 8.00 pagi
Location:Hotel Vistana, Kuantan, Pahang

Majlis Pelancaran BBK Peringkat Negeri Perak
Time:27hb Oktober 2009 8.00 pagi
Locationewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh

Pementasan Teater Negeri Johor Srikandi Tanah Jauhar
Time:23hb Oktober 2009 8.00 pagi
Location:Auditorium RTM Johor, Johor Bahru

Majlis Syarahan Raja Ali Haji 2009
Time:23hb Oktober 2009 8.00 pagi
Locationewan Seminar , Tingkat 2, Menara DBP

Syarahan Tun Ahmadshah
Time:22hb Oktober 2009 8.00 pagi
Location:Auditorium Kompleks Pejabat Persekutuan, Kota Kinabalu

Majlis Pelancaran BBK Peringkat Negeri Perlis
Time:22hb Oktober 2009 8.00 pagi
Locationewan Indera Kayangan, IPGM Kampus Perlis

Pertandingan Mari Bercerita
Time:21hb Oktober 2009 8.00 pagi
Location:Sandakan

Monday, September 14, 2009

MAJLIS HIMPUNAN BEKAS PELAJAR SKGS

TARIKH : HARI RAYA KE 3
MASA : 03 PETANG
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKGS
ATURCARA MAJLIS :
1. UCAPAN YDP PIBG
2. PENUBUHAN ALUMNI SKGS
3. MAJLIS RAMAH MESRA
4. JAMUAN HARI RAYA

SEKIRANYA ANDA MERUPAKAN SALAH SEORANG DARIPADA BEKAS PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN GUAL SITOK, ANDA DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS INI. SUMBANGAN IKHLAS BOLEH DISALURKAN MELALUI BENDAHARI PIBG (PUAN NURULLHUDA ZAKARIA) ATAU MELALUI AKAUN BANK (MAYBANK -003060403060). TQ.

Saturday, September 12, 2009

Cara orang Melayu dulu-dulu beraya

SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain.

Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.

Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.

Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.

Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.

Merantau

Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.

Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.

Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.

Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.

Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?

Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.

Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.

Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.

Tuesday, September 8, 2009

4 Perkara Yang Berharga Dalam Diri Manusia

Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:

" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.

Adapun yang berharga itu ialah...
Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.

Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Saturday, September 5, 2009

Majlis Penyerahan Ilmu



Selama kamu di sini
Telah banyak tercurah ilmu dan pedoman
Buat panduan hidup
Menuju kejayaan yang sejati

Jangan kamu leka
Akan masa depan yang mendatang
Kamu perlu buktikan
Segala ilmu yang ditatang
Bakal menyuluh kehidupanmu
Di masa depan

Selangkah lagi
Kamu akan bertempur di medan peperangan
Berbekalkan gengaman usaha dan kepayahan
Moga berjaya mencapai impian
Menjadi " Pelajar Cemerlang"

Maralah dan terus mara
Segunung harapan disandarkan
Kamu pasti dijulang
Anak didik yang redha pada ketentuan.

Thursday, September 3, 2009