Wednesday, November 18, 2009

TAHNIAH 5A 2009


Atas (dari kiri ke kanan) :

SITI NUR AINI IBRAHIM
AMEERA KARTIKA ZAKARIA

NUR RASHILA SAMSUDIN


Bawah (dari kiri ke kanan) :
NURUL AZNIN AYUNI AZIZ
NUR SYAHIRAH AHMAD KAMAL
SITI SAFURAH MOHD ZAIN


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 2009

































Sunday, November 15, 2009

Kenangan 2009





Semoga Mendapat Haji Mabrur


Seluruh warga SK Gual Sitok mendoakan semoga Cikgu Zunaidi dan isteri dapat menunaikan fardhu haji dengan sempurna pada tahun ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan dalam amal ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.
" Selamat Menunaikan Haji "

Thursday, November 12, 2009

Hargailah Sumbangan Yang Diterima

Khamis 10 Okt 2009 - En. Abdullah Mat Yasim, Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang telah hadir merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM peringkat Sekolah Kebangsaan Gual Sitok pagi tadi.

Dalam ucapannya beliau meminta kepada semua ibubapa dan penjaga murid supaya melahirkan rasa syukur kerana terpilih sebagai penerima bantuan bagi pihak anak-anak. Beliau percaya sumbangan ini akan digunakan secara sebaik mungkin demi kepentingan pendidikan anak-anak.

Sebelum itu, En. Ismail bin Ag Senik yang merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gual Sitok turut berpesan kepada ibubapa agar dapat memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pencapaian anak-anak. Sumbangan yang diterima bolehlah digunakan untuk melengkapkan keperluan persekolahan anak-anak.

Untuk tahun 2009 sahaja, sejumlah RM 196, 650.00 (Seratus Sembilan Puluh Enam Ribu Enam Ratus Lima Puluh Ringgit) telah diperuntukkan untuk pembiayaan segala bentuk bantuan kepada sebahagian besar pelajar sekolah ini.

En. Abdullah juga yang dikenali dengan panggilan mesra sebagai Abe Lah juga berjanji akan sentiasa memberikan perhatian dan sumbangan kepada pihak sekolah jika perlu. Ini termasuklah usaha ke arah meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR.
Beliau berharap sekolah ini akan meningkat pencapaiannya dari tahun ke setahun.

Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM 2009





Tuesday, November 10, 2009

LAMAN WEB AIRASIA DISERBU

Penawaran tempat duduk percuma (konon-kononnya) telah menyebabkan laman sesawang AirAsia menjadi perlahan kerana kesesakan. Tawaran tempahan bermula 11 -15 Nov 2009 untuk penerbangan bermula 01 Mei - 30 Oktober 2010 menjadi tumpuan berikutan cuti penggal persekolahan tahun 2010 (04 - 19 Jun 2010).

Sekolah Perlu Patuhi Garis Panduan Hadapi Banjir - Tan Sri Alimuddin

PUTRAJAYA, 10 Nov (Bernama) -- Semua sekolah yang terlibat dengan banjir perlu mematuhi Garis Panduan Menghadapi Banjir semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bermula Rabu depan dengan mengenal pasti pusat peperiksaan alternatif.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata garis panduan itu telah diedarkan ke sekolah-sekolah bagi memastikan semua calon terutamanya di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan terjejas untuk menduduki peperiksaan.


Para pelajar mengambil kesempatan untuk bermain air di kawasan yang dinaiki air.
Keseronokan ini boleh mengundang bahaya.

"Bagi sekolah yang berada dalam kawasan yang sering dilanda banjir, mereka perlu menempatkan semua bilik peperiksaan di tingkat satu," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.


Seronok bermain air tapi awas jangan sampai ada yang lemas pula nanti.

Alimuddin berkata bagi calon peperiksaan yang berhadapan kemungkinan kampung atau kawasan perumahan mereka ditenggelami banjir, mereka perlu ditempatkan di asrama-asrama sekolah yang tidak terjejas dengan bencana alam itu.

Beliau juga berkata pengetua dan guru besar perlu mengutamakan keselamatan pelajar dalam sebarang tindakan yang perlu diambil selepas berlaku banjir.


Laluan ke Sek. Keb. Gual Sitok melalui Tasik Cina yang masih ditenggelami air.

Beliau berkata pengetua dan guru besar juga diberi kuasa untuk menutup sekolah dengan memaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pegawai Pelajaran Daerah jika banjir itu boleh membahayakan keselamatan pelajar.


Air masih melimpahi jalan diKampung Kubang Gabus iaitu jalan masuk ke Sek. Keb. Gual Sitok

"Apabila sekolah ditutup, ia tidak perlu diganti kerana bencana alam adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Jika sekolah ditutup seminggu pun, ia tidak perlu diganti pada masa akan datang," katanya.

Alimuddin berkata sehingga kini sebanyak 103 sekolah dijadikan pusat penempatan sementara mangsa banjir dengan 90 sekolah di Terengganu, 10 di Kedah dan tiga di Kelantan.

"Sekolah-sekolah yang terlibat perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jawatankuasa Bantuan Bencana Banjir peringkat daerah dengan memastikan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan bilik mandi dalam keadaan baik," katanya.

Beliau berkata pihak sekolah juga dibenarkan mengupah beberapa pekerja sambilan yang dibayar gaji harian untuk membersihkan kawasan sekolah bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir yang dipindahkan di sekolah berkenaan.



Sebuah rumah yang masih lagi ditenggelami banjir.

--BERNAMA

Thursday, November 5, 2009

BANJIR - RANTAU PANJANG TERKINI

Oleh: Rodelio Junjun Taucan

RANTAU PANJANG 6 Nov. - Beberapa kawasan di Rantau Panjang terputus hubungan selepas air Sungai Golok melimpah menyebabkan banyak jalan ditutup. Penanda aras banjir di Sungai Golok menunjukkan tahap bahaya selepas hujan turun tanpa henti sejak tiga hari lepas -

Utusan 06/11/09 12:37PM

Tuesday, November 3, 2009

Mutakhir Berita Harian 12.48pm- 04/11/2009

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa untuk seluruh negeri Ahad ini sempena kejayaan pasukan bola sepak Kelantan memasuki final Piala Malaysia Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan, dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata keputusan itu sebagai menghargai dan menjaga keselamatan peminat yang akan ke ibu negara menyaksikan perlawanan akhir itu.

"Pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan juga akan menerima ganjaran pakej umrah dan wang saku secukupnya sebagai menghargai kejayaan melayakkan diri ke final," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.