Gambar di atas adalah ujian nuklear yang dibuat oleh Perancis pada suatu ketika dahulu. Ia diadakan di Lautan Pasifik. Ketika itu banyak negara berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan dengan mengadakan ujian demi ujian. Perancis umpamanya walaupun dibantah oleh seluruh dunia tetap berdegil dan meneruskan ujian. Siapa yang berani mengambil tindakan? Tak ada siapa...
Seseorang pernah bertanyakan kepada seorang yang berpengaruh di Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) berkenaan berapakah kekuatan bom nuklear sekarang berbanding yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. Jawapannya ringkas sahaja... 'Andai kata bom digugurkan di Kuala Lumpur, seluruh Semenanjung Malaysia akan musnah sama sekali. Begitulah kekuatannya.
Dia bertanya lagi... Bagaimana Pakistan mampu membuat bom nuklearnya sendiri? Jawapannya ialah seorang Saintis Pakistan terpaksa menyamar menjadi budak pejabat di pusat nuklear di Perancis lebih kurang sepuluh tahun untuk mengetahui rahsia pembuatannya. Bayangkanlah tidak semudah itu barat ingin memindahkan tenologi kepada sebuah negara Islam. Tipu helah terpaksa dibuat untuk mendapatkan formula yang bukan sedikit dan terpaksa difotostat sedikit demi sedikit hingga bertahun-tahun lamanya. Selepas itu khabarnya orang Islam terus dihalang dari bekerja di tempat-tempat sensitif di Perancis.
Tahukah anda sewaktu bom atom mula-mula dicipta berapakah perbelanjaan dikeluarkan secara keseluruhannya termasuk bom yang diletupkan dibawah tanah di padang pasir di Amerika ketika itu.
Jawapannya ialah kira-kira USD20 Billion...
Kalau sekarang mungkin menjadi USD Trillion.Lihatlah bagaimana manusia sanggup menghabiskan bertrillion dollar US setahun untuk memusnahkan antara satu sama lain walhal beramai manusia masih dalam kebuluran dan di ambang kemiskinan di serata dunia.
No comments:
Post a Comment