JUNJUNGLAH TUAN PENGHULU KITA
SEKELIAN IKHWAN HAMBURNYA RATA
DI ATAS DUNIA SANGATLAH NYATA
IALAH NABI PENGHULU KITA
PESURUHNYA TUHAN SEKALIAN ALAM
SURUH MENGIKUT AGAMA ISLAM
TURUN DIATASNYA AKAN AL-QURAN
WAJIB PERCAYA LAKI-LAKI PEREMPUAN
RASULNYA KITA NAMA MUHAMMAD
ANAK ABDULLAH TAHULAH UMMAT
KESUDAHAN RASUL SAMPAI HARI KIAMAT
INILAH NABI PEMIMPIN UMMAT
IBNI MUTHOLIB ANAKNYA HASYIM
KETURUNAN ZURIAT NABI IBRAHIM
NEGERINYA MEKAH TEMPAT BERSALIN
ADAPUN MADINAH TEMPAT BERMUKIM
BONDA AMINAH ANAKNYA WAHAB
TELAH MUAFAKAT SEKALIAN MAZHAB
MALAM JUMAAT BULANNYA REJAB
INILAH SAAT SANGAT MUSTAJAB
ITULAH MALAM MENGANDUNGKAN NABI
DENGAN IZINNYA ALLAHU RABBI
MALAMNYA ITU AWALNYA JADI
ALLAH KANDUNGKAN BENIHNYA NABI
SERTANYA PULAK DILANGIT BERBUNYI
SUARA DI ATAS DENGAR DI BUMI
AMINAH PUN DENGAR SUARA BERBUNYI
SUARA YANG ELOK BUNYI BEGINI
NUR DITARUH DALAM PERBENDAHARAAN
YANG PADA MUHAMMAD ALAIHISSALAM
TETAP PADA PERUT AMINAH INI MALAM
DENGAN KUASA TUHAN SEKALIAN ALAM
LAGI AKAN KELUAR BAGI MANUSIA
KEADAAN SEMUA BERSUKARIA
PADA MALAM NYA SURGA DIBUKA
SEKALIAN BIDADARI SANGATLAH SUKA
ITULAH SEBAB SANGAT BERCAHAYA
MALAMNYA MENGANDUNG PENGHULU MULIA
SEGALANYA DUNIA MAHLIGAINYA RAJA
BERGEGAR MENUNGGU AKAN BINASA
DUA BULAN OLEH AMINAH
BERDAGANG ABDULLAH SAMPAI MADINAH
SAKIT ABDULLAH DI NEGERI MADINAH
TINGGAL PADA MEKAH AKAN AMINAH
TAKDIRNYA ALLAH ITULAH TEMPAT
APALAH LAGI HENDAK DIBUAT
TIDAKNYA LAMA ABDULLAH PUN WAFAT
DITANAM DI MADINAH ITULAH TEMPAT
RUNGSING AMINAH MATI SUAMI
BAGAINYA RUNSING AMINAH YANG AMIN
DATANG YANG AJAIB AMINAH YANG AMIN
ALAMAT MENJADI PENGHULU MUSLIMIN
MELIHAT AMINAH PERKARA YANG HAIRAN
BEGITULAH LIHAT SEGENAPNYA BULAN
DATANGNYA AJAIB MALAM DAN SIANG
ALAMATNYA LEBIH LAGI AKAN DATANG
MENGANDUNG AMINAH ENAMNYA BULAN
MELIHAT DALAM MIMPI PADANYA MALAM
DATANGNYA KHABAR OLEH SESEORANG
MENGANDUNGLAH KAMU WAHAI PEREMPUAN
LAGI AKAN DATANG DAPAT BAHAGIA
KANDUNG OLEH MU PENGHULU MULIA
LAGI AKAN KELUAR BAGI MANUSIA
TENTUNYA NABI PENGULU KITA
BERNAMA AKAN DIA IALAH MUHAMMAD
LAGI AKAN DATANG BANYAKNYA UMMAT
ITULAH NABI SAMPAI KIAMAT
SEKALIAN MANUSIA BEROLEH RAHMAT
SUCI OLEHMU AKAN KELAKUAN
AKANNYA MIMPI KAMU INI MALAM
JANGAN DIKAHABAR PADA SESEORANG
KERANANYA TAKUT DENGKI MENDATANG
JAGA AMINAH DARINYA TIDUR
SERTA AMINAH TERIMANYA SYUKUR
SEGALA PESANAN AMINAH PUN AKUR
BIMBANGNYA DATANG SANGATLAH TAKUT
MENGANDUNG AMINAH SEMBILAN BULAN
SAKITLAH PERUT PADANYA MALAM
TAKUT AMINAH BALANYA DATANG
TERDENGAR DARI LANGIT SUARANYA ORANG
KERANA AMINAH DUDUKNYA SEORANG
LAGILAH PULA TENGAHNYA MALAM
TAK PERNAH MENGANDUNG AKAN SEORANG
SEBAB ITULAH AMINAH SANGAT BIMBANG
TERLIHAT AMINAH BANYAK LAKI-LAKI
PADANYA HAWA MEMEGANG KENDI
ELOKNYA KENDI TIDAK TERPERI
BADANNYA PERAK BERTATAH BAIDURI
SERTANYA PULA LIHAT AKAN BURUNG
PADANYA TANAH IANYA TURUN
TATAHNYA ZAMRUD PARUHNYA BURUNG
SEPERTI KASTURI BAUNYA HARUM
KELILINGNYA BILIK AMINAH DUDUK
BARULAH HILANG RASANYA TAKUT
PADANYA BILIK HABIS MELIPUT
SEGALANYA BURUNG SEPERTI DISEBUT
DATANG ASIAH MENJADIKAN BIDAN
TURUN DARI LANGIT BERSERTA MARIAM
SEPERTI BIDAN CAHANYA YANG TERANG
PADANYA SYURGA GILANG GEMILANG
BAUNYA HARUM SEPERTI KASTURI
TAK DAPATLAH LAGI HENDAK BERPERI
HILANGLAH TAKUT SEORANG DIRI
SEORANG MANUSI TIADA KETAHUI
DUDUK AMINAH DIATASNYA TANAH
SAKIT BERANAK SANGATLAH GUNDAH
LALU BERSALIN OLEH AMINAH
KELUAR YANG MULIA DIATAS TANAH
TANGAN YANG MULIA TEKAN ATAS BUMI
MEMOHON AKAN ALLAH TUHAN YG “GHANI”
BAUNYA HARUM SEPERTI KASTURI
ELOKNYA LAGI TIDAK TERPERI
CAHAYANYA MUKA LAGI CEMERLANG
SEPERTI 14 HARINYA BULAN
KENINGNYA ELOK SEPERTI DIANDAM
BOLEH DIBANDING SEPERTI SERI BULAN
MATA TERCELAK RAMBUT BERMINYAK
AJAIBLAH TUAN KALAU DITENGOK
PERKARA YANG AJAIB SANGATLAH BANYAK
TAK DAPAT DIBANDING WAHAILAH ANAK
ELOKNYA MUKA SERTANYA HIDUNG
KEADAAN SEDERHANANYA MANCUNG
LAGINYA SUCI PUSAT TERPOTONG
SEKALIAN TUBUH BAUNYA HARUM
LAGILAH BERSIH SUDAH TERKHATAN
PUTIH DAN MERAH BAGAI HIASAN
BERSALIN AKAN NABI PADANYA MALAM
RABIUL AWWAL ITULAH BULAN
MENYUSU AKAN NABI LAPAN PERMPUAN
AMINAH SENDIRI TIGA HARI TIGA MALAM
KEMUDIANNYA LAGI TUJUH PEREMPUAN
BAGI MENCUKUP LAPANYA ORANG
NAMA HALIMAH YANG AKHIR SEKALI
DIBAWANYA BALIK AKAN JASAD NABI
DUA TAHUN BERSAMA DUDUK AKAN NABI
RASA HALIMAH TAKUT DALAM HATI
MELIHAT SENDIRI OLEH HALIMAH
ADALAH NABI PADANYA RESAH
DATANG SESEORANG PADANYA RUMAH
SEDANGNYA NABI BERMAIN PADA TANAH
DIBELAHLAH PERUT AKANNYA NABI
TERKEJUTLAH HALIMAH SEORANG DIRI
HAIRAN AMINAH AKANNYA DIRI
BERTAMBAH AJAIB SEGENAP HARI
DUDUK BERFIKIR TERBAYANG-BAYANG
PERISTIWA ANEH SUKAR DIBAYANG
HANYA PELIHARA ANAKNYA ORANG
ADALAH IBU SANGATNYA SAYANG
SEKALI BELAH PERTU PADANYA RUMAH
SUSAHLAH HATI OLEH HALIMAH
LALULAH DIHANTAR OLEH HALIMAH
AKANNYA NABI KEPADA AMINAH
UMURNYA NABI ENAMNYA TAHUN
INGIN AMINAH BERZIARAHKAN KAUM
BAWALAH AMINAH ANAK YANG AGONG
PENGHABISAN MUSAFIR PADA INI TAHUN
ADALAH KAUM NEGERI MADINAH
HENDAK MUSAFIR OLEH AMINAH
SEDIAKAN BEKAL DARILAH RUMAH
BAWA MUSAFIR NABINYA UMMAH
SIANG DAN MALAM BERJALAN AMINAH
TIDAKLAH LAMA SAMPAI MADINAH
HARINYA PIJAK TANAH MADINAH
HADIR BELAKANYA KAUM AMINAH
MENZIARAH AMINAH PADA INI TAHUN
SETIAP RUMAH SEKALIANNYA KAUM
BERSUKA- RIA OLEHNYA KAUM
ALAMAT AMINAH UMUR AKHIR TAHUN
INGINNYA BALIK OLEH AMINAH
DUKA MENINGGAL AKAN AMDINAH
SEDIAKAN BEKAL PADA MADINAH
SUPAYA CUKUP PERJALANAN AMINAH
BERANGKAT AMINAH HENDAKNYA BALIK
KE BUMI MEKAH ABDUL MUTHOLIB
SEKALIANNYA KAUM SANGATLAH ASYIK
PADA AMINAH HENDAKNYA BALIK
MENGADAP AMINAH AKAN KELUARGA
LAGI AKAN DATANG BERJUMPA DI SYURGA
SEKELIAN KAUM BERTEMU MATA
SANGATLAH BANYAK TANGIS DUKACITA
LALU AMINAH MEMULAKAN LANGKAH
MENUJU AMINAH NEGERINYA MEKAH
BERSAMA NABI BERSUSAH PAYAH
BERSERAH AMINAH KEPADA ALLAH
BERJALAN AMINAH MALAM DAN SIANG
KELUARNYA PADANG MASUKLAH PADANG
SAMPAI AMINAH DITENGAHNYA JALAN
BERHENTI AMINAH HENDAK BERMALAM
INILAH TEMPAT DIGELARKAN ORANG
NAMA “ABWAK” YANG ADA SEKARANG
BERHENTI AMINAH BERJAMULAH MAKAN
SERTA MENGAMBIL REHAT BERJALAN
SAMPAI TAKDIR OLEHNYA TUHAN
SAKIT AMINAH TIBANYA DATANG
AKIT PADA “ABWAK” ITLAH MALAM
LAGINYA SUSAH DITENGAH JALAN
TADIRNYA ALLAH ITULAH TEMPAT
TIDAKNYA LAMA AMINAH PUN WAFAT
APALAH LAGI HENDAK DIBUAT
DIKUBURKAN AMINAH DI BUMI “ABWAK”
NABI MUHMMAD KINI YATIM PIATU
DITENGAH JALAN MATINYA IBU
SERAH PADA ALLAH TUHAN YANG SATU
TAKDIRNYA ALLAH SUDAHLAH TENTU
ADALAH JALAN JAUHNYA LAGI
LEBIHNYA KURANG 5 LAH HARI
MUJULAH SUNGGUH SERTANYA NABI
SEORANG HAMBA BANGSANYA HABSHI
PUSAKA ABDULLAH JADI PENINGGALAN
KEPADA NABI ITULAH ORANG
MEMBAWA AKAN NABI ITULAH ORANG
KEPADA MEKAH TANAHNYA HARAM
TERKEJUT NENEKNYA ABDUL MUTHOLIB
KERANANYA NABI SEORANG YANG BALIK
BELASNYA HATI ABDUL MUTHOLIB
SELALU TERKELUAR AIRMATA BERTITIK
TIADALAH NABI ADIK-BERADIK
PELIHARA OLEH NENEK ABDUL MUTHOLIB
AKALNYA BIJAK SANGTLAH CERDIK
RUPANYA ELOK SANGATLAH CANTIK
TAK PERNAH MENGADU DAHAGA ATAU LAPAR
DARINYA KECIL HINGGALAH BESAR
KERANA NABI KITA SANGATLAH SABAR
DENGAN PERTOLONGAN ALLAHU AKBAR
ADALAH NENEK SANGATLAH SAYANG
CUCU SENDIRI BUKAN CUCU ORANG
MENGASUHLAH NENEK MALAM DAN SIANG
HINGGA LAPAN TAHUN TIDAKLAH KURANG
Sunday, July 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam,
ade smbungan lg tak?
Post a Comment