Thursday, May 15, 2008

Bayangan Siksaan Ketika Di Neraka



Gunung berapi Chaiten, Chile ini telah meletup pada 3 Mei 2008 setelah 9,000 tahun menyepi Ia sempat dirakam ketika sedang meletup dan debu-debunya menghasilkan petir yang sabung menyabung.

Bolehkah anda bayangkan betapa dasyatnya suasana ketika itu dengan bunyinya yang amat menakutkan.Tapi semua itu hanyalah cebisan kecil dari kedasyatan ketika berada di neraka. Ibaratnya anda berada 'di tengah-tengah' letupan tadi dan keadaan itu berterusan selama-lamanya.

Sekali anda meminta pada Allah agar diringankan siksaan, makin 'ditambah' lagi azab sehingga anda akan berputus asa tidak lagi mahu minta diringankan azab kerana anda tahu bahawa anda akan disiksa dengan lebih pedih lagi sekiranya minta diringankan.

Kepada mereka yang sedar dan melihat dengan mata hati, sebenarnya banyak sudah pertunjuk dari Allah kepada kita semua sewaktu di dunia ini lagi. Justeru itu marilah kita sama-sama insaf dan menimba ilmu agama kerana itulah sahaja jalan yang menghindarkan kita dari azab neraka nanti.

No comments: