Kata orang kalau nak tahu nasib seseorang itu kadang-kadang sudah boleh diteka sewaktu hidupnya di dunia lagi. Sungguhpun begitu kuasa mutlak ialah Allah swt jua. Tetapi berdasarkan Al-Quran, Hadis serta perbahasan ulama' sekurang-kurangnya sudah mampu memberi pertunjuk kepada seluruh umat manusia.Umpamanya, seseorang yang sembahyang tetapi kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia lain akhirnya akan dihumban ke neraka. Itu bagi yang bersembahyang, apa pula halnya yang meninggalkan sembahyang?
Ada wanita yang pakai tudung tetapi nampak jambul. Juga tidak akan terlepas dari siksaan Allah. Sedangkan masa sembahyang elok sahaja menutup aurat sepenuhnya. Kalau seseorang itu mampu berfikir sudah tentu akan mengambil satu garis panduan etika pakaian yang menutup aurat yang sebenarnya iaitu pakaian ketika bersembahyang.
Kenapa selepas sembahyang lain pula jadinya? Nanti ada pula yang berkata, tak tutup aurat tak mengapa asalkan hati baik. Soalnya... baik ke kita kalau mengingkari perintah Allah?Bagaimana pula cara hidup kita seharian? Ada terima rasuah? Ada memberi rasuah? Tanggungjawab ditempat kerja adakah dilakukan dengan penuh amanah? Pergaulan pula bagaimana? Didikan kepada keluarga bagaimana? Semuanya itu akan dikira akhirnya dan membawa kita kepada dua tempat sahaja iaitu syurga atau neraka.
Jadi marilah kita sama-sama merenung kehidupan kita selama ini... kemanakah agaknya halatuju kita...
No comments:
Post a Comment