Sunday, May 25, 2008
CHINA ... Kuasa Besar Dunia
Negara China adalah merupakan sebuah kuasa besar dunia yang sedang naik dengan mendadak. Lihatlah di sekeliling anda dan carilah barangan yang tertera perkataan 'made in China'? Pasti banyak. Walaupun ia sebuah negara komunis namun persepsi dunia kini telah berubah. Sejak kejatuhan komunis Rusia di era Gorbachev maka berakhirlah perang dingin antara blok barat dan timur. Selepas itu komunis tidak lagi dilihat sebagai satu ancaman. Tiada lagi propaganda filem hollywood tentang 'kejahatan' komunis sebaliknya tumpuan beralih kepada 'keganasan Islam' pula.
China mula membuka pintu kepada dunia dengan kehadiran Restoran McDonald yang pertama di Beijing pada tahun 1990. Selepas itu China bagaikan tidak lagi berpaling ke belakang. Kini ia menjadi tumpuan syarikat-syarikat gergasi dunia menjalinkan kerjasama memandangkan kos buruhnya yang murah. Kartun di atas adalah satu sindiran bagaimana kempen untuk memboikot Sukan Olimpik Beijing 2008 bagaikan satu usaha yang sia-sia. Kenapa? Kerana barangan China telah meresap ke segenap tempat diseluruh pelusuk dunia termasuklah barangan yang menjadi simbol kedaulatan sesebuah negara iaitu 'bendera'.
Mampukah Malaysia mengikut jejak langkah China? Tidak mungkin... selagi rasuah bermaharaja lela dan sistem kehakiman masih lagi di bawah telunjuk eksekutif. Pelabur terpaksa berfikir berjuta kali untuk mengorak langkah... Renung-renungkanlah wahai rakyat Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment