Bolehkah anda bayangkan apakah yang akan terjadi bila salah satu antara kedua ekor binatang di atas 'berputus asa'? Sudah tentu salah satunya akan mati bukan?
Begitu juga dalam kehidupan kita sebagai manusia. Islam amat melarang umatnya berputus asa. Kenapa? Kerana Allah telah menjanjikan kepada seluruh makhluknya rezeki apabila ia menjadikannya. Semuanya semasa di Luh Mahfuz lagi.
Justeru itu apa yang manusia perlu lakukan ialah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin. Pastikan rezeki yang anda cari ialah rezeki yang halal lagi penuh keberkatan.Seekor burung yang bertenggek di atas wayar telefon tidak akan dapat apa-apa rezeki. Tetapi sebaik sahaja ia turun ke tanah insyaAllah ia akan mampu makan dengan kenyangnya. Amatlah menghairankan jika ada manusia yang sanggup mengemis atau berlakun pura-pura sakit dan meminta-minta walhal ia mampu melakukan pekerjaan bagi menampung sara hidupnya.
Putus asa juga bukanlah semata-mata tertumpu kepada mencari rezeki sahaja. Apa sahaja yang kita buat hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan jangan cepat berputus asa. Baik semasa belajar atau pun ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
Lihatlah mereka yang berjaya... semuanya ialah mereka yang mempuyai kecekalan dan jatidiri yang kuat. Bacalah kisah hidup mereka dan jadikan panduan.Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad SAW, seorang yang buta huruf tetapi berjaya mengembangkan Islam hingga ke hari kiamat. Kalaulah baginda berputus asa dengan ujian yang beliau hadapi mungkin hari ini kita masih lagi menyembah berhala yang diukir oleh manusia dan disembah pula oleh manusia yang lain termasuk kita (mungkin!).
No comments:
Post a Comment