Tuesday, May 27, 2008

Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesama kita

Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Pribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam

Tertutup hati terkunci mati

Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa

Majulah dengan Maha Perkasa

Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayu kan gagah di Nusantara

Al-Muallim

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad(The best of Allah’s creation is Muhammad)

Ya Mustafa ya Imamal Mursalina(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina(O Chosen One, O intercessor of the worlds)

He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad(Light of my eye O Muhammad)

He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled

Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad(The best of Allah’s creation is Muhammad)

Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Yang Kita Baca Ketika Bersolah



Allah Maha Besar


DOA IFTITAH

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku,Ibadatku,hidupku,matikuadalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidakmenyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


AL-FATIHAH

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai hari pembalasan.Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


BACAAN KETIKA RUKUK

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


BACAAN KETIKA BANGUN DARI RUKUK

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


BACAAN KETIKA IKTIDAL

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


BACAAN KETIKA SUJUD

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


BACAAN KETIKA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD

Ya Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku,kayakan daku,angkatlah darjatku,rezekikan daku,berilah aku hidayah,sihatkanlah daku danmaafkanlah akan daku.


BACAAN KETIKA TAHIYAT AWAL

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah sertakeberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


BACAAN KETIKA TAHIYAT AKHIR

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


DOA QUNUT

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Kepanasan Matahari



Tahukah anda bahawa pengeluaran tenaga oleh matahari setiap saat boleh membekalkan tenaga elektrik kepada Amerika Syarikat selama 50 juta tahun?


Subhanallah! cuba bayangkan betapa panasnya cahaya matahari tersebut. Tetapi pernah tak anda terfikir bahawa kepanasan api neraka ialah 70 kali ganda dari kepanasan yang ada di alam ini.


Bayangkan kalau percikannya (sebesar lubang jarum) sahaja pun sudah boleh menghancurkan seluruh alam ini agaknya macamanalah manusia hendak menghadapinya walaupun untuk 1/2 saat sahaja.

Ya ALLAH.. Betapa Luasnya Alam Ini




Ingin tahu betapa luasnya alam ini?

Marilah kita lihat galaksi yang kita tinggal sekarang iaitu Bima Sakti (Gambar atas)?.


Garis pusatnya ialah 100,000 tahun cahaya dan tebalnya 1,000 tahun cahaya. Galaksi Bima Sakti sahaja dianggarkan mempunyai 200 billion bintang. Matahari adalah merupakan salah satu bintang. Berapa banyak galaksi yang ada?


Mengikut anggaran ahli astronomi terdapat berbillion galaksi. Setiap galaksi mempunyai kumpulan bintangnya sendiri.Bagaimana ukuran tahun cahaya?


Begini...


1,000 picometres = 1 nanometre

1,000 nanometres = 1 micrometre

1,000 micrometres = 1 mm

10 mm = 1 cm

100 cm = 1 m

1,000 m = 1 km

9,460,000 juta km = 1 tahun cahaya


*Kelajuan cahaya ialah 299,792,458 meter per saat


Sekarang bayangkan galaksi yang dapat dilihat dengan teleskop hubble ada yang mencapai jutaan tahun cahaya untuk kita melihatnya... subhanallah...

Keinsafan



Gambar di atas telah memenangi hadiah Pulitzer (Hadiah untuk gambar terbaik dunia bagi dunia kewartawanan) pada tahun 1994 dan dirakam oleh Kevin Carter.


Gambar menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Sudan sedang mencari makanan kerana Sudan ketika itu sedang dilanda kebuluran yang sangat teruk. Di belakangnya terdapat seekor burung hering sedang menunggu untuk meratah budak perempuan tersebut sekiranya dia mati.


Walaubagaimana pun tidak dapat dipastikan nasib budak tersebut selepas gambarnya dirakam.Kevin Carter merupakan seorang wartawan Afrika Selatan. Apa yang menyayat hati ialah beliau telah membunuh diri 2 bulan selepas dianugerahkan hadiah Pulitzer tersebut. Mengikut Judith Matloff, rakan lama beliau, kevin sering dilihat dibawah pokok sambil menghisap rokok bersambung-sambung dan sering menangis selepas beliau memenangi anugerah gambar tersebut.


Dalam notanya Kevin mencatatkan yang beliau tidak dapat melupakan peristiwa yang sentiasa menghantuinya. Pembunuhan, kemarahan, kesakitan, kelaparan, kanak-kanak yang cedera dan tembakan membabi buta semasa berada di sana.Itulah secebis kisah daripada peristiwa-peristiwa yang menyayat hati yang berlaku pada setiap detik di seluruh dunia.


Maka jika anda merasakan andalah orang yang paling susah di dunia ini sebenarnya masih ramai lagi yang jauh lebih susah dari anda. Justeru itu belajarlah menghadapi kesusahan yang anda hadapi sekarang kerana kesusahan yang ada di dunia hari ini sebenarnya berjuta kali lebih baik dari kesusahan yang bakal ditempuhi di akhirat nanti....

Lelaki Tergemuk Di Dunia




Info Tentang MANDI

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki..

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Macam SPA.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannyaselama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

TANDA-TANDA SAKIT

Tanda² Sakit - Info yang bagus untuk ANDA


......Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA
(Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku... Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersina. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONGi)
Kerongkong kering.
i) Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR
(Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH :
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA:
Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT
Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) SAKIT SENDI
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :
Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAHi) Darah merah :
i) Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCINGMenunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAHi) Darah merah :
i) Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT :
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT :
Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
Sistem penghadaman yang lemah.

Gelang Magnet Lelaki

"Gelang bermagnet yang semakin popular dipakai lelaki dengan niat membaiki kesihatan harus memenuhi empat syarat, kata ketua penolong mufti Perak, Zamri Hashim.

Syarat-syarat tersebut:

1. Pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah,


2. Pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.


3. Gelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.


4. Jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.

Mengatasi Masalah Mengantuk

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang.


Bagi mengatasi masalah mengantuk, tidur ubat penawar paling mujarab. Tidur bagi manusia adalah hal yang sangat penting. Jika kita kurang tidur atau mengalami gangguan dalam tidur, maka seharian kita akan diselubungi keresahan, keletihan dan tidak bersemangat. Sebaliknya tidur yang cukup dan berkualiti membantu kita memiliki tenaga dan aktif menjalani aktiviti seharian.


Setiap manusia menghabiskan kira-kira sepertiga dari kehidupannya untuk tidur. Menurut kajian, hampir setiap manusia pernah mengalami masalah tidur. Satu dari tiga orang dilaporkan mengalami gangguan tidur dan satu dari sembilan orang memiliki masalah tidur yang cukup serius.Tidur adalah proses yang amat diperlukan oleh manusia untuk pembentukan sel-sel tubuh yang baru, pembaikan sel-sel tubuh yang rosak ('natural healing mechanism'), memberi waktu organ tubuh untuk beristirehat selain untuk menjaga keseimbangan metabolisme tubuh.


Hal penting yang terjadi pada saat kita tidur adalah menurunnya frekuensi gelombang otak. Jika kita dapat mengatur frekuensi gelombang otak, kita sebenarnya tidak memerlukan waktu tidur yang panjang tetapi tidur yang berkualiti iaitu lelap tanpa mimpi

Monday, May 26, 2008

Gambar Tangan




Rambut Tak Pernah Mandi




Pernahkah anda berjumpa dengan manusia yang tak pernah mandi? Mungkin pernah. Kebiasaannya orang itu adalah orang gila. Tapi apakah yang berlaku kalau dah bertahun mungkin juga puluhan tahun tidak pernah mandi? Kesannya mungkin seperti gambar di atas. Bolehkah anda bayangkan betapa busuknya bau orang seperti ini? Sudah tentu anda tidak tahan dan bagaikan hendak muntah bila lalu disebelahnya.



Di neraka terdapat satu golongan manusia yang sangat busuk. Bayangkan penghuni neraka yang lain pun tidak tertahan dengan baunya. Mereka ialah orang yang berzina sewaktu di dunia dahulu. Itulah neraka... penuh dengan perkara-perkara yang menyakitkan serta menjijikkan

Sunday, May 25, 2008

10 Syarat Jadi Imam

SOALAN:
Bolehkah ustaz jelaskan syarat-syarat menjadi imam.

JAWAPAN:
Syarat-syarat sah untuk seseorang itu menjadi Imam :

1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud, “Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh.” Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna.Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)

4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.

7) Keadaan yang bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:i- Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.iii- Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.Kesimpulannya : al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.

8) Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada keuzuran.Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.Begitu juga pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.

9) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

10) Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.Sekiranya seseorang yang bermazhab Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka solat makmum itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu tadi.Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam yang bermazhab Syafie adalah makruh.

CHINA ... Kuasa Besar Dunia




Negara China adalah merupakan sebuah kuasa besar dunia yang sedang naik dengan mendadak. Lihatlah di sekeliling anda dan carilah barangan yang tertera perkataan 'made in China'? Pasti banyak. Walaupun ia sebuah negara komunis namun persepsi dunia kini telah berubah. Sejak kejatuhan komunis Rusia di era Gorbachev maka berakhirlah perang dingin antara blok barat dan timur. Selepas itu komunis tidak lagi dilihat sebagai satu ancaman. Tiada lagi propaganda filem hollywood tentang 'kejahatan' komunis sebaliknya tumpuan beralih kepada 'keganasan Islam' pula.

China mula membuka pintu kepada dunia dengan kehadiran Restoran McDonald yang pertama di Beijing pada tahun 1990. Selepas itu China bagaikan tidak lagi berpaling ke belakang. Kini ia menjadi tumpuan syarikat-syarikat gergasi dunia menjalinkan kerjasama memandangkan kos buruhnya yang murah. Kartun di atas adalah satu sindiran bagaimana kempen untuk memboikot Sukan Olimpik Beijing 2008 bagaikan satu usaha yang sia-sia. Kenapa? Kerana barangan China telah meresap ke segenap tempat diseluruh pelusuk dunia termasuklah barangan yang menjadi simbol kedaulatan sesebuah negara iaitu 'bendera'.

Mampukah Malaysia mengikut jejak langkah China? Tidak mungkin... selagi rasuah bermaharaja lela dan sistem kehakiman masih lagi di bawah telunjuk eksekutif. Pelabur terpaksa berfikir berjuta kali untuk mengorak langkah... Renung-renungkanlah wahai rakyat Malaysia.

Saturday, May 24, 2008

Kemana kita selepas ini.....



Kata orang kalau nak tahu nasib seseorang itu kadang-kadang sudah boleh diteka sewaktu hidupnya di dunia lagi. Sungguhpun begitu kuasa mutlak ialah Allah swt jua. Tetapi berdasarkan Al-Quran, Hadis serta perbahasan ulama' sekurang-kurangnya sudah mampu memberi pertunjuk kepada seluruh umat manusia.Umpamanya, seseorang yang sembahyang tetapi kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia lain akhirnya akan dihumban ke neraka. Itu bagi yang bersembahyang, apa pula halnya yang meninggalkan sembahyang?



Ada wanita yang pakai tudung tetapi nampak jambul. Juga tidak akan terlepas dari siksaan Allah. Sedangkan masa sembahyang elok sahaja menutup aurat sepenuhnya. Kalau seseorang itu mampu berfikir sudah tentu akan mengambil satu garis panduan etika pakaian yang menutup aurat yang sebenarnya iaitu pakaian ketika bersembahyang.



Kenapa selepas sembahyang lain pula jadinya? Nanti ada pula yang berkata, tak tutup aurat tak mengapa asalkan hati baik. Soalnya... baik ke kita kalau mengingkari perintah Allah?Bagaimana pula cara hidup kita seharian? Ada terima rasuah? Ada memberi rasuah? Tanggungjawab ditempat kerja adakah dilakukan dengan penuh amanah? Pergaulan pula bagaimana? Didikan kepada keluarga bagaimana? Semuanya itu akan dikira akhirnya dan membawa kita kepada dua tempat sahaja iaitu syurga atau neraka.



Jadi marilah kita sama-sama merenung kehidupan kita selama ini... kemanakah agaknya halatuju kita...

Berkat Rezeki Kerana Sedekah

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanyakeberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.


Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'.Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.


Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekahsunat kepada orang miskin dan anak yatim.Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari.(cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti olehAllah tanpa kita sedari. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri).


Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib(zakat)perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat -bukan dunia untuk dunia)Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan).


Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja(10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.


Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah'. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya.Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.


Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi, sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi.


Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.


"Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku"

Nasib Pencuri Kabel




KURSUS ICT DALAM P&P 24 MEI 08



Cikgu Ahmad Kamal sedang menerangkan tips-tips penting kemahiran Excel kepada rakan-rakan guru dalam Kursus ICT dalam P&P Peringkat Sekolah Kebangsaan Gual Sitok.




Ustazah Zaiton, Cikgu Rusidah dan Teacher Wan Nor Azuran tekun mengikuti kursus yang diadakan.




Back-drop kursus yang diadakan.

GAMBAR-GAMBAR KURSUS LDP SKGS Siri 1




Wednesday, May 21, 2008

Karangan Yang Menyeramkan

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paiptidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.


Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.

Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia.. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.

Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.

Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.

Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.

Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

TANDA-TANDA SERANGAN PENYAKIT SIHIR ATAU MISTERI

Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan terkena sihir atau berpenyakit misteri !
i) Malas untuk melakukan rutin seharian /amal ibadat /pe
kerjaan.Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga /saudara terdekat.
ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.
iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.
iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debarAlami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)
v) Hilang selera makanGangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.
vi) Masalah hubungan suami – isteriHubungan yang baik suami - isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.
vii) Suka Bersendirian / SedihAnda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.
viii) Kesan lebam pada tubuhTerdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.
ix) Berasa tidak tenteram dirumahRasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah
x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelikSering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.
xi) Melihat / bermimpi binatang.Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik
xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.
xiii) Terhidu bau pelikTerhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.

Bersama Menuju Kesempurnaan IMAN




01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;


02. Bersabar apabila mendapat kesulitan;


03. Tawakal apabila membuat perancangan;


04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;


05. Jangan membiarkan hati tenggelam dalam kesedihan;


06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;


07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;


08. Jangan cemburu dengan kekayaan orang;


09. Jangan hasad dan iri hati di atas kejayaan orang;


10. Jangan sombong kalau memperolehi kejayaan;


11. Jangan tamak kepada harta;


12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;


13. Jangan hancur kerana kezaliman;


14. Jangan goyah kerana fitnah;


15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.


16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;


17. Jangan sakiti ayah dan ibu


18. Jangan usir orang yang meminta-minta;


19. Jangan sakiti anak yatim;


20. Jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besar;


21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;


22. Perbanyakkan berkunjung ke rumah Allah (masjid);


23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu';


24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;


25. Biasakan solat malam;


26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;


27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;


28. Sayangi dan santuni fakir miskin;


29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;


30. Jangan marah berlebih-lebihan;


31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;


32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;


33. Berlatihlah mengawal fikiran


34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila tidak dapat dipenuhi kerana sesuatu sebab ;


35. Jangan mempunyai musuh, kecuali denganiblis/syaitan;


36. Jangan percaya ramalan manusia;


37. Jangan terlalu takut miskin;


38. Hormatilah setiap orang;


39. Jangan terlalu takut kepada manusia;


40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;


41. Jangan berdendam;


42. Berlakulah adil dalam segala urusan;


43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;


44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;


45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;


46. Perbanyakkan silaturrahim;


47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;


48. Bicaralah secukupnya;


49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;


50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;


51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;


52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;


53. Sediakan waktu untuk bersama dengan keluarga;


54. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;


55. Hormatilah guru dan ulama;


56. Sering berselawat ke atas nabi;


57. Cintai keluarga Nabi saw;


58. Jangan terlalu banyak berhutang;


59. Jangan terlalu mudah berjanji;


60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah sementara;


61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaatseperti mengucapkan ungkapan yang tidak berguna;


62. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;


63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;


64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;


65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;


66. Jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;


67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;


68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;


69. Berlatih untuk berterus-terang dalam menentukan sesuatu pilihan


70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan.


71. Jangan melukai hati orang lain;


72. Jangan membiasakan berkata dusta;


73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;


74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;


75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;


76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;


77. Jangan membuka aib orang lain;


78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita;


79. Ambilah pengajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;


80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;


81. Jangan bersedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;


82. Jadilah manusia yang selalu berbakti kepada agama,bangsa dan negara;


83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;


84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;


85. Berkatalah yang baik-baik atau jangan berkata apa-apa;


86. Hargai pemberian orang;


87. Jangan habiskan waktu untuk hiburan dan kesenangan;


88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.


89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan batas-batas agama dan keadaan diri kita;


90. Jangan berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan fizikal atau mental kita terganggu;


91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;


92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang danpandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;


93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;


94. Jangan cepat percaya kepada berita buruk berkaitandengan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;


95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;


96. Sambutlah huluran tangan setiap orang (muhrim) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;


97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatuyang diluar kemampuan diri;


98. Waspadalah akan setiap ujian, dugaan dan cabaran.Jangan lari dari kenyataan kehidupan;


99. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;


100. Jangan berjaya di atas penderitaan orang danjangan kaya dengan memiskinkan orang;

SEKOLAHKU GEDUNG ILMU


Monday, May 19, 2008

Masjid Al-Aqsa - Apa Ceritanya?



Di kala Lubnan dan Gaza diserang secara intensif oleh tentera-tentera Rejim zionis, ramai yang terlupakan al-Aqsa. Badan-badan berita pun tiada yang membuat liputan mengenai Masjid al-Aqsa yang menjadi paksi kepada isu yang berlaku di Palestin dan Lubnan. Jika tidak kerana Masjid al-Aqsa, isu Palestin tidak akan menjadi perhatian dunia Islam. Jika tidak kerana Masjid al-Aqsa juga, umat Islam tidak akan tertarik untuk mengambil tahu mengenai isu Palestin. Jika tidak kerana Masjid al-Aqsa juga, isu Palestin tidak akan dapat bertahan selama ini.



Banyak lagi isu penjajahan tanah air umat Islam, kesemuanya telah berakhir, tetapi tidak isu Palestin. Semuanya kerana Masjid al-Aqsa.Malangnya, ketika lensa-lensa kamera badan-badan berita antarabangsa sibuk dihalakan ke Lubnan pada hari ini, Masjid al-Aqsa terus dilupakan. Umat Islam rancak membicarakan tentang Hizbullah, Syeikh Hassan Nasrullah, Qana, dan juga Condoleeza Rice, tetapi al-Aqsa bagaikan dilupakan.



Apakah dengan rancaknya peperangan di Lubnan, bermakna al-Aqsa terpelihara dan terselamat ?, realitinya tidak!Sehingga 22 Julai yang lepas, sudah genap tiga minggu umat Islam tidak dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa. Masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid suci ketiga, dan juga bumi Isra dan Mikraj itu kini tidak boleh dimasuki oleh umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat.



Pada hari-hari biasa, hanya mereka yang berumur 45 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk memasuki Masjid. Milik siapakah masjid ini? Sehingga kini, para pengawal yang terdiri daripada tentera-tentera Zionis bebas berkawal dan menguasai Masjid al-Aqsa. Merekalah yang menentukan siapakah yang berhak masuk dan siapa yang tidak berhak untuk memasuki masjid tersebut.



Malang lagi, berita ini tidak menjadi isu. Muassasah al-Quds yang berpusat di Baitul Maqdis, melalui laman web mereka, Islamic-aqsa.com telah mendedahkan mengenai makar Zionis ini. Malang sekali lagi, tiada satu pun badan berita yang berminat dengan isu ini. Brigade Al Aqsa mempertaruhkan nyawa untuk keselamatan masjid suci umat Islam , masjid Al Aqsa. Di mana kita ? Mungkin berita umat Islam dilarang memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat bukanlah baru, tetapi bagaimana pula dengan pembinaan model "Haychal" (kuil) yang dibina di bawah Masjid tersebut?, ianya diletakkan di kawasan muzium Yahudi di bawah Masjid al-Aqsa.



Bagaimana pula dengan kebenaran Mahkamah Tinggi Zionis kepada kumpulan "Temple Guardians" untuk memasuki Masjid al-Aqsa pada 3 Ogos 2006?Kumpulan tersebut telah dibenarkan untuk memasuki kawasan masjid untuk melakukan upacara keagamaan mereka. Kumpulan yang terkenal dengan cita-cita mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa itu akan menyambut hari memperingati kuil mereka. Di dalam literasi-literasi dan sebaran mereka, mereka menyeru umat Yahudi agar bersama mereka untuk membina kuil tersebut. Demi membina kuil berkenaan, maka mereka perlu terlebih dahulu merobohkan Masjid al-Aqsa.




Mereka juga telah melakukan kempen secara besar-besaran menyeru kaum Yahudi bersama-sama mereka merayakan perayaan berkenaan secara besar-besaran. Perkara ini bukan rahsia lagi. Mengapakah Mahkamah Tinggi Zionis dan pihak keselamatan membenarkan mereka memasuki Masjid? Wajib umat Islam sedunia mencintai masjid Aqsa di Palestin sama kita mencintai Masjidil Haram di Mekah Apa yang pasti, umat Islam tidak akan dibenarkan untuk memasuki kawasan masjid pada waktu tersebut. Beralasankan untuk menjaga keselamatan dan menjaga keamanan, umat Islam dilarang daripada memasuki masjid pada waktu kehadiran kumpulan yang ingin merobohkan masjid berada di dalamnya. Bukankah ini sesuatu yang ironik dan membahayakan masjid?




Umat Islam perlu mengambil tindakan tegas. Sampai bilakah kita hendak membiarkan Masjid al-Aqsa dihina sebegini rupa?, apakah sehingga ianya dirobohkan nanti?Malangnya wakil-wakil OIC yang berada di Kuala Lumpur tidak membincangkan perkara ini dengan serius.




Perwakilan hanya daripada 17 buah negara anggota itu hanya dibuaikan dengan perbincangan tentang isu Lubnan sahaja tanpa membincangkan isu Masjid al-Aqsa. Bukankah OIC itu sendiri diusahakan untuk menyatukan umat Islam demi menyelamatkan al-Aqsa!"

Gambar Sempena Sambutan Hari Guru SK Gual Sitok 2008



Pak Pandir Beli Handphone

Pak Pandir beli Handphone (Kenapa Pak Pandir? Pasal Pak Pandir adalah brand bagi kebodoh-bodohan)

Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi namanya Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah daerah yang sangat terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke sebuah kedai handphone.


"Saya mahu beli handphone yang paling baru, mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik, handphone yang encik inginkan... tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin. "Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh hidup pun?" marah Pak Pandir.


"Oh, encik perlu beli sim card ... baru boleh guna". "Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali ke kampungnya. Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir rasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula.


"Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Oooooo... ... mungkin tak ada signal encik". "Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual signalnya sekali"

KURSUS ICT DALAM P&P

Tarikh : 24 Mei 2008
Har : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 04.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Gual Sitok
Bilangan Peserta : 36 orang

Diharap semua guru SKGS dapat melaporkan diri jam 8.00 pagi tepat.

HARI GURU PERINGKAT SK GUAL SITOK

Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada hari Ahad 18 Mei 2008. Acara dimulakan dengan perhimpunan. Selepas nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Guru Malaysia, perutuasan sempena hari guru yang bertema " Guru Cemerlang, Negara Terbilang " dibacakan. Murid -murid juga turut dihiburkan dengan acara sukaneka oleh guru.

Selepas rehat diadakan pila acara persembahan pentas. Paling menarik ialah persembahan Dikir Barat oleh guru-guru wanita dengan Tukang Karutnya Cikgu Rosnida dan Tok Joranya Cikgu Wan Nor Azura. Persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh oleh murid-murid.

Turut menarik perhatian ialah acara " Silent Language " yang telah dimenangi oleh Kumpulan Cikgu Mat Che'I bersama rakan-rakan gurunya iaitu Cikgu Ali Takkidin, Cikgu Mustafa dan Ustaz Mat JQAF. Syabas.

MANUSIA TERBANG



Seorang rakyat Swiss, Yvess Rossy bekas juruterbang tentera menjadi manusia pertama yang mampu terbang secara solo dengan kelajuan enjin jet selaju 300km/j. Beliau dilepaskan dari kapalterbang setinggi 8000 kaki.



Errmmm... di syurga kelak manusia juga mampu terbang ke mana-mana pun dengan sekelip mata. Kini Allah telah tunjukkan di dunia ini bahawa semua itu tidak mustahil bagi Allah.

Sunday, May 18, 2008

Street Smart




Gambar-gambar sempena lawatan pelajar ke Street Smart di Kompleks Belia Panji, Kota Bharu.


Kehebatan dan Kebodohan


Lihatlah gambar di atas. Hebat bukan?. Bagaimana lereng bukit ditarah dan akhirnya menjadi sebuah patung yang hebat... Patung Budha! Patung ini sudah semestinya akan disembah.
Tetapi mana lebih hebat.. patung inikah atau pun manusia yang mengukirnya?
Sudah tentulah manusia. Jadi lebih baik disembah manusia itu dari patung yang tidak mampu berbuat sesuatu apa pun.
Pernah satu ketika saya ada terbaca satu artikel berkenaan bagaimana seorang penganut Budha memeluk Islam. Kesnya mudah sahaja. Hatinya memberontak bila memikirkan bagaimana tuhannya mesti dibeli terlebih dahulu untuk disembah dirumahnya.
Itulah manusia, bila Allah memberi akal untuk berfikir tapi gagal menggunakannya, walaupun pandai dalam pelajaran hingga memperolehi PhD tapi bila gagal mengenal pencipta sebenar itulah adalah sebodoh-bodoh manusia bahkan lebih bodoh dari binatang ternak sebagaimana yang disebut dalam Al Quran.

Titian Sirat ?







Bukanlah niat saya untuk menceritakan perihal orang ini tetapi bolehlah sedikit dibayangkan apabila manusia berbondong-bondong meniti apa yang disebut titian siratalmustaqim yang lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari mata pedang. Lintasan tersebut pula memakan masa ribuan tahun. Di bawahnya pula adalah api neraka yang mempunyai penyangkut...

MIMPI SEORANG GADIS

Untuk Renungan Bersama..... .


Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya."Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :-


"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi."Jika tidak jadi keberatan, cerita kanlah mimpimu itu wahai anakku."


Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Akubermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan.Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."Gadis itu berhenti seketika menahan sebak."Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?


Lalu ibuku memberita hu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil.Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.


Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia. "Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.


Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tangan ku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.


Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.


Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah....Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepadaibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.


INSYALLAH""WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP BAKHIL TERHADAP SESAMA MANUSIA...........SEBARKANLA .......WASSALAM!!!. .......