Saturday, April 16, 2011




BATU PAHAT 16 April - Maarof Abd. Mutalib (gambar), suami kepada calon Pas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari lalu diarahkan bertukar ke sekolah lain selepas didapati menyalahgunakan cuti sakit untuk berkempen bagi pihak isterinya.

Maarof yang dilihat membantu isterinya, Normala Sudirman berkempen pada pilihan raya kecil itu dengan mengambil cuti sakit selama 21 hari, diarahkan bertukar berkuat kuasa 1 April lalu ke sebuah sekolah menengah di daerah lain di negeri ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Maarof turut melakukan satu lagi kesalahan serius iaitu mengingkari peraturan yang tidak membenarkan seorang guru terlibat dalam kempen pilihan raya.

"Sebagai seorang guru beliau tidak sepatutnya terlibat dalam kempen pilihan raya. Jadi dua kesalahan besar.

"Apa yang saya difahamkan, kita sudah ambil tindakan dengan menukarkan beliau ke tempat lain, keterangan lanjut kena tanya Pengarah Pelajaran Negeri," katanya selepas Majlis Juara Rakyat di Taman Sri Penggaram, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Markom Giran ketika dihubungi mengesahkan arahan pertukaran Maarof itu.

Pada pilihan raya kecil itu, Normala tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd. Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi.

Tuesday, April 12, 2011

Harapan SKGS 2011

Sunday, April 10, 2011

Didik generasi muda hargai air


Para pelajar mendengar taklimat daripada kakitangan Konsortium ABASS Sdn. Bhd. semasa sesi lawatan ke Loji Pembersihan Air Sungai Semenyih, Presint 19, Putrajaya, baru-baru ini.

GENERASI muda khususnya pelajar perlu dididik untuk menghargai air dan menggunakannya secara berhemah kerana bekalannya semakin terhad serta proses penghasilan air bersih melibatkan kos yang tinggi.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam Konsortium ABASS Sdn Bhd, Sazli Mohd. Salleh berkata, pelajar sewajarnya diasuh supaya menyedari tanggungjawab sebagai individu untuk menjaga kebersihan sungai dan diajar cara menjimatkan air.

"Pendedahan awal kepada pelajar sekolah adalah penting kerana generasi muda ini mudah untuk dibentuk dan menerima nasihat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberi taklimat mengenai kaedah rawatan air minuman kepada 300 pelajar yang melawat Loji Pembersihan Air Sungai Semenyih di Putrajaya, baru-baru ini.

Sebanyak empat sekolah terlibat pada sesi lawatan tersebut iaitu Sekolah Menengah Teknik Sepang, Selangor; Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya; Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Precint 16 (1).

Lawatan turut disertai seramai 23 kanak-kanak dari Rumah Yatim dan Miskin Taman Baiduri, Dengkil serta ahli-ahli Kelab Sukan dan Rekreasi Perangsang Selangor.

Kata Sazli, pendedahan kepada golongan muda ini amat penting bagi menerangkan kepada mereka tentang kerumitan dalam penghasilan air minuman yang bersih, berkualiti serta mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Perjanjian Konsesi.

"Pendedahan dan maklumat ini juga penting bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga sumber-sumber air agar ia terpelihara daripada pencemaran supaya mudah untuk dirawat," jelasnya.

Beliau berharap agar pelajar dapat berkongsi pengetahuan dengan sahabat, ahli keluarga atau saudara mara yang tidak berpeluang mengikuti lawatan itu.

Selain sesi taklimat, pelajar turut diberi peluang menyertai kuiz am dan aktiviti berkaitan proses air minuman di situ.

Wednesday, April 6, 2011

PERKHEMAHAN PBSM CABANG PASIR MAS 2011 - Penyertaan Pelajar SK Gual Sitok


Peserta perempuan sedang menjamah makan malam
sebelum maghrib.



Menu istimewa perkhemahan - Nasi, telur goreng dadar,
sayur dan ikan sardin.



Pintu masuk ke kawasan tapak perkhemahan PBSM
SK Gual Sitok, Rantau Panjang.



Bekalan makanan untuk tempoh 4 hari perkhemahan.



Khemah yang tersusun rapi untuk kemudahan peserta
perkhemahan.



Para pelajar sedang makan malam sebelum meneruskan
aktiviti di surau.



Tenang berada dalam saf sembahyang menunggu untuk
sembahyang Maghrib secara berjemaah.

Sunday, April 3, 2011

Pencetus Semangat