Sunday, October 26, 2008

JANGAN MENGELUH ……….

Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya…………….

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Kalu engko nak mengeluh lagi …………jom gi ngaji

KITA ADALAH....

1.kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
2.kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
3.kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome
4.kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
5.kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
6.kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
7.kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
8.kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TAPI...

1.kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
2.kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
3.kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
4.kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
5.kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain
6.kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati
7.kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
8.kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah. bukan senang nak jadi senang.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

Saturday, October 25, 2008

MAT REMPIT


YAKJUJ & MAKJUJ


GULA DAN BAHAYANYA

Gula dan Bahayanya
=================
Apakah sebenarnya gula? Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula jugaadalah penyebab utama kegemukkan! Adakah badan kita perlukan gula?Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yanglain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18..Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada p engamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta
. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan men ingkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
>Glukosa
>Fruktosa
>Laktosa
>Maltosa
>Sukrosa
>Sirap Glukosa
>Sirap maple
>Molases
>Sirap hitam
>Sirap kencana
>Dektrosa
>Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia? dikira rekod dunia! Walaupun p asukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga?

Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini. Di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi.

Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.

Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita.

Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!
"Kita adalah apa yang kita makan".

AMALAN SEHARIAN

1 - Mulakan Sesuatu Perkara Dengan BISMILLAH

2 - ALHAMDULILLAH Apabila Selesai Sesuatu Perkara

3 - ASTAGHFIRULLAH Apabila Terlanjur Melakukan Sesuatu Atau Cakap Yang Tidak Berfaedah

4 - INSYA ALLAH Apabila Hendak Melakukan Kerja

5 - LA HAULAWALA Apabila Buat Kerja yang Bukan Dengan Kehendak Hati

6 - INNALILLAH Apabila Ditimpa Musibah

7 - Ucap LA'ILAHA'ILLALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH Pada Waktu Siang Dan Malam


Jika mengamalkannya, Allah akan mengampuni segala dosa walaupun sebanyak buih di lautan.InsyaAllah...

These are extra tips for all as given by Dr. Fadzilah Kamsah in the seminar


Tatacara makan & minum
=====================
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & Insya-Allah, kita akan work towards it (ada semangat) dikeesokan harinya. Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.J angan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama. Seelok2nya makan malam sebelum maghrib ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently(senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan
(yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air
===============
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak daripada dapat batu karang. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak
================
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akanlebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan) pakaikan baju warna orange sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak
Tatacara didik diri sendiri
====================
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :-
1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's lastsermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to himdirectly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.
Do impart this knowledge & you'll lose nothing.

KAWAN TU MACAM MANA ?


1)Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3)Kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)Kawan tu bukannya macam PAMPERS.. dah pakai, buang...
5)Kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah tak ada...hujan gerimis baru muncul..
7)Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit, jual.. ambik kereta baru..
8)Kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. sekejap ada sekejap tak..
9)Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah tak dak duit, pergi kat sana ambil.
10)Lagi.....Kawan tu macam apa ye??? Haa..kawan tu macam AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dengan teliti sampai habis.Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

KASIH IBU DULU, KINI DAN SELAMANYA

KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

• APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

• MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

• KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

• BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

• SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT :"TAK NAK! TAK NAK!"

• APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA.CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

• MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

• KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

• BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

• APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

• MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

• KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

• BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

• MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

• KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALANPADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

• BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, "? ITU BUKAN URUSAN IBU."

• SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."

• APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN?. "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"

• MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU,TOOOOOLONGLAHHH?."

• KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

• PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA,"? ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

• KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA,"KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

• APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

• DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU. JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.

KUDA LIMOUSINE


KAMERA DIGITAL

Kalau pasal brand, banyak yang terdapat dalam pasaran sekarang ni. Nak tanya sikit, nak beli yang besar pixel untuk apa ya? Sebab kalau besar pixel pun biasanya orang akan pakai 2 atau 3 Mega Pixel sudah cukup untuk mengambil gambar seharian. Ini adalah kerana untuk saiz gambar biasa (3R atau 4R) cukup dipakai saja 2 atau 3 Megapixel. Kalau yang lebih pixel itu biasanya untuk mengambil gambar saiz besar (8R, 10R dsb).

Menurut pengalaman saya, kalau nak pilih digital camera, perlu ada beberapa perkara yang harus diambil kira untuk kselesaan dan kemudahan anda. Antaranya adalah:
1. Aplikasi dalam digital camera -

Ini merujuk kepada jumpah pixel yang anda pakai untuk aplikasi penggunaan anda. Seperti yang saya katakan tadi, penggunaan biasa adalah 2 atau 3 Megapixel saja. Tetapi jika anda mahu menggunakan pixel yang lebih besar, tidak menjadi masalah. Cuma makin besar pixel yang digunakan, makin besar ruangan memory yang diperlukan untuk simpan gambar tersebut. Memang tidak dinafikan pixel yang besar gambarnya lebih jelas dari yang pixel yang kecil.


2. Memory yang dapat digunakan -

Ini kerana digital camera menggunakan memory card untuk menyimpan gambar yang ditangkap berbanding dengan kamera biasa yang menggunakan film. Perlu diingatkan ada sesetengah digital camera hanya dapat menggunakan memory dia sendiri sahaja, contohnya Sony hanya dapat gunakan Memory Stick Sony. Harganya agak mahal juga untuk yang berkapasiti 1GB ke atas. Kalau hendak yang lebih senang, carilah yang menggunakan memory card jenis SD di mana ianya lebih murah dari Sony Memory Stick.


3. Digital camera untuk gambar saja -

Terdapat beberapa jenis digital camera. Ada yang untuk mengambil gambar saja. Ada juga yang ada fungsi untuk merakam video. Kalau yang merakam video tu ada lak yang mempunyai function playback bersuara dan tidak bersuara. So pilih mana yang sesuai.


4. Ketahanan -

Cari yang mempunyai anti-shock dan anti-vibrate. Sekarang ada juga yang weatherproof dan waterproof. So kalau jenis yang lasak tu, cuba consider pakai yang weatherproof dan waterproof.


5. Mempunyai anti-shock -

Cuba cari yang mempunyai anti-shock dimana jika anda mengambil gambar semasa bergerak atau tangan anda bergegar. Anti-shock tu berfungsi agar gambar yang diambil akan clear dan tidak kabur meskipun tangan bergegar semasa ambil gambar.


6. Bateri -

Kena pilih bateri yang mana akan digunakan untuk digital camera tersebut. Sesetengah camera menggunakan bateri khas untuk camera tersebut. Ada lak boleh pakai bateri biasa jenis AA. Kalau saya, akan pilih jenis AA kerana kalaulah tetiba kehabisan bateri semasa berjalan, maka masukkan saja bateri AA baru. Kalau nak pakai bateri khas untuk kamera tersebut boleh juga tetapi kena beli modal dan spec yang samalah. Bateri lain tak boleh pakai.


7. Digital atau optical zoom -

Saya lebih suka kepada Optical Zoom kerana gamabr tidak akan 'pecah' jika diambil semasa zoom. SO cuba cari yang tinggi Optical Zoom. Biasanya ada tertulis pada badan digital camera itu.


Tidak dapat saya sertakan semua di sini. Mungkin kalau ada yang tertinggal, kekawan lain dapat tambahkan. Semua yang saya nyatakan sini adalah berdasarkan pengalaman saya menggunakan digital camera.

Wednesday, October 1, 2008

ANAK BULAN SYAWAL