Tuesday, July 15, 2008

Menara berputar: Bangunan unik

DYNAMIC TOWER Dubai yang bergerak setiap saat,
seni bina kreatif terbaru daripada arkitek Itali.
Reka bentuk menyanggah tradisi, tarik perhatian dunia APABILA menyebut bangunan, tentunya dibayangkan berciri pencakar langit, empat persegi, dikukuhkan dengan kerangka keluli selain dilengkapi tingkap kaca jernih. Tingginya yang menyapu awan dengan keluasan menyamai berpuluh-puluh padang bola sedikit sebanyak mengehadkan imaginasi kita bahawa ada segelintir pencakar langit menawarkan seni bina pelik lagi menakjubkan.

Menara Bergerak, Dubai Dilancarkan pada 24 Jun lalu, arkitek Itali, Dr David Fisher mengumumkan pembinaan menara pertama di dunia yang bergerak setiap saat. Bangunan yang menghadap ke laut itu dirancang didirikan di beberapa lokasi di dunia bermula dengan Dubai, Moscow diikuti New York. Menurut Dynamic Group, syarikat yang akan membina bangunan yang dinamakan Dynamic Tower Dubai setinggi 420 meter itu bakal menempatkan 80 tingkat unit pangsapuri dengan keluasan 124 meter persegi manakala villa pula seluas 1,200 meter persegi. Setiap unit kediaman dilengkapi tempat meletak kereta dalam rumah.

Bangunan Bakul (The Basket Building) di Amerika Syarikat

Keunikan seni bina menara itu adalah ciri aras lantai yang berpusing mengikut hala bebas sekali gus mewujudkan perspektif pandangan berbeza. Dynamic Tower mesra alam dan bangunan pertama di dunia direka dengan keupayaan menjana elektrik sendiri melalui turbin angin yang dipasang di setiap tingkat. "Setiap aras dijangka mengambil masa tujuh hari untuk disiapkan. Ini revolusi baru seni bina. Mulai hari ini, bangunan bukan lagi disempurnakan di tapak projek tetapi di kilang," katanya yang berpengalaman 30 tahun menzahirkan bangunan teknologi terkehadapan di bandar besar seperti London, New York, Hong Kong, Paris dan Dubai.

THE CROOKED HOUSE di Poland, menjadi tarikan pelancong.


Mulanya hanya angan-angan tetapi menjadi nyata apabila Dave Longaberger, pengasas syarikat Longaberger membina bangunan pejabat berbentuk bakul bertangkai. Longaberger percaya itu adalah ilham terbaik daripadanya. Beliau yakin kewujudan bangunan itu akan menarik perhatiandan menambah rezekinya namun sebaliknya reputasi Longaberger jatuh merudum. Bukan sajabank, arkitek malah syarikat pemaju mentertawakannya dan beliau dituduh cuba berlawak. Tidak cukup itu, pekerjanya juga lari meninggalkannya.

Longaberger bagaimanapun tidak berputus asa sebaliknya mengambil keputusan mengekalkan bangunan berkenaan. Cita-citanya termakbul apabila bangunan itu dibuka untuk operasi pada 17 Disember 1997. The Dancing House, Republik Czech Bangunan pejabat yang terletak di pinggir bandar Prague ini diilhamkan arkitek kelahiran Croatia, Vlado Milunic dengan kerjasama arkitek Kanada, Frank Gehry. Bangunan itu dibina di atas tapak bangunan bersejarah yang musnah ketika pengeboman Prague pada 1945.

Kerja pembinaan bermula pada 1994 berakhir dua tahun kemudian. Reka bentuk bangunan yang menyanggah tradisi itu menimbulkan kontroversi. Mujur Presiden Czech, Vaclav Havel, yang sekian lama menetap di sebelah tapak bangunan itu menyuarakan sokongan peribadinya. Dia yakin The Dancing House bakal menjadi pusat budaya tersohor. Asalnya, dinamakan Fred and Ginger bersempena pewarisnya Fred Astaire dan Ginger Rogers. Namun ditukar selepas mendapati seni bina bangunan berkenaan mirip seorang perawan sedang berdansa. Milunic dan Gehry menerapkan gaya Neo Baroque, Neo Gothic dan Art Nouveau yang menjadi tanda pengenalan seni bina bangunan di Prague. Restoran Perancis di puncak bangunan menawarkan pemandangan seluruh bandar. Rumah Piano di China Terletak di Wilayah An Hui, China.

Untuk ke aras atas, pengunjung perlu menaiki tangga bergerak di dalam biola kaca. Bangunan ini menyediakan prospek cerah terhadap pelan pembangunan dan kemajuan bandar kerana mewujudkan daya tarikan baru pelancongan di daerah itu. Pustaka Kansas City di Amerika Syarikat Bangunan kutub khanah paling mengagumkan di Amerika Syarikat. Warga tempatan diberi peluang memilih judul buku yang memberi pengaruh besar terhadap bandar Kansas selain pernah memenangi anugerah untuk diabadikan pada dinding tempat meletak kereta. Bangunan Robot (Thailand) Bangunan yang terletak di zon perniagaan Sathorn, Bangkok ini sebenarnya ibu pejabat bank United Oversea.

Diilhamkan arkitek Sumet Jumsai mewakili kecanggihan sistem pengkomputeran perbankan negara gajah putih itu. Seni binanya menampilkan pertentangan gaya antara neo klasikal dan teknologi tinggi pasca moden. Ciri muka bangunan yang landai, dilengkapi antena dan sepasang mata di bangunan teratas menjadikannya mirip robot gergasi. Siap dibina pada 1986, bangunan ini menjadi contoh mutakhir seni bina moden di Bangkok. Kemunculannya meraih perhatian antarabangsa dan diberi kritikan membina. Bangunan Biru di Belanda Pihak pentadbiran Delfshaven, Rotterdam meminta Schildersbedrijf N&F Hijnen menyediakan pelan baru bagi bangunan terbiar yang bakal dirobohkan.

Perjanjian dengan kawasan kejiranan di situ ialah warna biru bangunan berkenaan dikekalkan selagi belum ada pelan pembangunan baru. Oleh kerana usia yang sudah berabad, seni bina bangunan ini dianggap paling ketinggalan zaman di Rotterdam. Malah kewujudannya langsung tidak diberi perhatian. Namun, sebaik ditambah satu lapisan lagi 0.002 milimeter cat biru, bangunan ini diisytiharkan paling popular di Rotterdam dan sering diabadikan dalam foto kenangan.

The Crooked House di Poland Arkitek Poland, Szotynscy Zaleski, menzahirkan Crooked House seni bina pusat membeli-belah selepas mendapat ilham daripada ilustrasi dongeng kanak-kanak Jan Marcin Szancer. Berkeluasan 4,000 meter persegi, pusat membeli-belah yang terletak di Rezydent, Sopot, Poland ini kini menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Poland. Sam Kee, bangunan paling nipis di Kanada. Terletak di 8 West Pender Street ini adalah bangunan dua aras dengan ukur lebar cuma 1.5 meter. Sejarah bangunan ini sama luar biasa dengan struktur seni binanya.

Menurut cerita, Chang Toy pemilik hartanahnya diminta penduduk Vancouver menyerahkan seluas dua meter kawasannya untuk pembangunan Pender Street. Tiada ganti rugi diberikan sedangkan baki tanah tidak seluas mana. Toy kemudiannya mengupah seorang arkitek tampil dengan ilham binaan menakjubkan termasuk menjadi bangunan tunggal dilengkapi lorong pejalan kaki kaca di Chinatown.

Selain Dynamic Tower, bangunan kreatif di dunia di pilih oleh laman web http://www.oddee.com

FAKTA: Dynamic Tower
Setiap tingkat berpusing mengikut kelajuan berbeza.
20 tingkat pertama memuatkan unit pejabat, tingkat 21 sehingga 35 menempatkan hotel mewah, 36 hingga 70 mengandungi unit kediaman pangsapuri dan 10 tingkat selebihnya menawarkan villa mewah.
Pembinaannya menuntut pembabitan 80 juruteknik dan 2,000 pekerja binaan.
Dilancarkan arkiteknya, David Fisher pada 24 Jun lalu dan dijangka siap menjelang 2010.
Impian Fisher membina bangunan menakjubkan ini menerima sokongan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu, Sultan Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum.
Fisher mendapatkan kerjasama arkitek dan jurutera berpengalaman dari United Kingdom dan India.

Monday, July 14, 2008

Cara Hidup

Allah O Ya Allah

Muzium Badan






Tak ramai sebenarnya orang tahu kewujudan muzium 'Anggota badan manusia' ini. Terletak di Belanda di tepi lebuhraya A44 di antara Amsterdam dan The Hague.


Pengunjung yang masuk ke sini akan menemui banyak jawapan kepada persoalan seperti 'kenapa kita perlu tidur', 'apa terjadi bila kita bersin', 'bagaimana rambut kita tumbuh' dan pelbagai lagi jawapan kepada jutaan persoalan tentang apa yang terdapat pada tubuh kita.


Semoga kunjungan anda ke sini akan membuka minda tentang keagungan Illahi yang mencipta sesuatu dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil kejadian.

Rutin Harian Kita




Anda melakukan kerja yang sama setiap hari? Dan anda mula merasa bosan?

Kenapa tidak keluar dari tempurung. Kenali apa minat anda dan jadikan ia sebagai hobi dan dalam jangkamasa yang sama sebagai satu sumber menambahkan pendapatan. Kalau anda minat fotografi, belajar cara-cara yang dilakukan oleh pro dan insyaAllah anda akan mula mencipta pendapatan apabila orang lain mula menghargai hasil kerja anda.

Sebenarnya ada banyak lagi hobi yang unik umpamanya mengumpul barang-barang tertentu dan menjualnya di ebay. Ini semua adalah cara yang terkini yang membolehkan anda keluar dari dunia yang berulang-ulang.

Jangan terkejut kerana sudah ramai yang berjaya mencipta nama dari hobi dan akhirnya berhenti kerja kerana pendapatannya mengatasi pekerjaan tetap yang dilakukan selama ini.

Produk Milik Yahudi - PPIM








Lawak 1

Lawak 1

Di sekolah tabika.

Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya... .

Lawak 2
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.

Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar,baru la aku boleh bacee... ...

Petua Anak Pintar

Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.Ini ada satu petua dari internet :

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba......

Saturday, July 12, 2008

Keselamatan Dalam Kereta

1. Apabila anda membawa anak anda di dalam kereta, adalah penting untuk mempraktikkan prosedur-prosedur keselamatan ini dari mula mereka naik hinggalah mereka melangkah keluar dari kereta.

2. Anak anda mesti masuk dan keluar kereta melalui pintu yang selamat iaitu pintu yang tidak menghadap lalu lintas dan bersebelahan dengan bendul jalan.

3. Anak anda perlu menunggu pintu kenderaan dibuka untuknya sebelum ia melangkah masuk atau keluar. Pastikan tangan dan kakinya tidak berada di pintu sebelum anda menutupnya.

4. Kanak-kanak perlu duduk di kerusi belakang kerana ia dapat mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

5. Anak anda perlu sentiasa memakai tali pinggang keledar yang dikancing secara pepenjuru merentas dada. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, adalah lebih baik menggunakan tempat duduk penggalas untuk memastikan bahawa tali pinggang keledar itu dapat dipasang dengan selamat.

6. Sentiasa ingatkan anak anda supaya jangan sekali-kali meletakkan mana-mana bahagian anggotanya di luar tingkap sesebuah kereta walaupun kereta tersebut tidak bergerak.

7. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk meluru keluar dari kereta sebaik sahaja ia berhenti dan ini amat berbahaya. Ia dapat dielakkan dengan memasang kunci keselamatan kanak-kanak yang terdapat pada pintu kereta.

8. Selepas keluar, anak anda perlu menunggu di atas bendul jalan sehingga seorang dewasa memimpin tangannya.

JET PERIBADI SULTAN BRUNEI - 1






JET PERIBADI SULTAN BRUNEI - 2





Airbus A380

Mari kita lihat bagaimana mewahnya kapalterbang Airbus A380. MAS juga ada menempah kapalterbang jenis ini tapi sehingga sekarang masih belum diterima dari pengeluarnya. Setakat ini Airbus A380 jenis ini merupakan pesawat terbesar didunia di mana lapangan terbang terpaksa membuat pengubahsuaian sekiranya ingin membolehkan pesawat jenis ini mendarat.









"You Raise Me Up"

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be.

NOMBOR 1


HAMPIR SERUPA TAPI TAK SAMA






Sejarah Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas - Tumpat (PPDPMT)

PPDPMT telah ditubuhkan serentak dengan pejabat Pendidikan Daerah yang lain pada 1.07.1982. Pada awalnya pejabat ini hanya menumpang di bangunan SK Lemal Pasir Mas dengan kakitangannya seramai tujuh orang pegawai dan empat orang kakitangan sokongan
Ia terletak lebih kurang 0.5 km dari bandar Pasir Mas.

Pada 1.05.1985, PPD Pasir Mas - Tumpat berpindah ke pejabat baru yang terletak 4 km dari pejabat lama. Ia terletak di Jalan Hospital Pasir Mas iaitu bangunan sendiri yang menelan belanja pembinaan sebanyak RM 150.000.00. Kini sebuah bangunan tiga tingkat telah dibina sebagai tambahan bangunan sedia ada bagi menampung keperluan yang kian bertambah.

Pada 29 April 1999, Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan satu peruntukan berjumlah RM 1.3 juta bagi membina dan menyiapkan bangunan tersebut dengan dilengkapi beberapa buah bilik pegawai , bilik mesyuarat, musalla, makmal simulasi, dan ruang tempat meletak kereta di tingkat bawah. Bangunan ini siap dibina sepenuhnya dan telah mula diduduki pada 16 Oktober 2000.

Sepanjang Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas - Tumpat Ini beroperasi seramai 9 orang pegawai telah menguruskan PPD Pasir Mas – Tumpat. Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas-Tumpat kini mempunyai seramai 52 kakitangan yang terdiri dari pegawai dan pembantu tadbir yang bertempat di unit KAFA, Unit Data dan Pejabat. Setiap unit mempunyai pegawai-pegawai yang terbahagi kepada pelbagai sektor masing-masing.

Sehingga sekarang PPDPMT ini masih lagi meneruskan operasinya dalam mencapai misi dan membantu para guru dalam menguruskan sektor sekolah bahagian jajahan bagi membentuk sekolah yang melahirkan para pendidik yang sistematik dan berpotensi dalam menjalankan tugas sebagai pendidik generasi negara.

Semut, Labah-labah dan Lebah

Jika anda diberi pilihan untuk menjadi semut, labah-labah atau lebah, manakah yang akan anda pilih?

Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif. Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya.

Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan. Apakah pilihan anda? Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurang an tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.

Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa, penting lagi contoh-contoh terbaik untuk manusia. Namun, jika disuruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada saya, saya akan menilai sebagaimana berikut:

Semut.
Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.

Labah-labah.
Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan.

Lebah.
Lebah memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur’an disebut, marhumnya, “Atas perintah TUHAN ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal.” [An-Nahl,16: 68]. Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat.

Ini dibuktikan dalam salah satu rancangan yang memaparkan kisah-kisah pelik tetapi benar terbitan Amerika Syarikat.

Jadi, apakah pilihan saya?

Saya memilih ketiga-tiganya sebab ketiga-tiganya mempunyai keistimewaan- keistimewaan tertentu. Psikologinya saya ingin menjadi semut dengan alasan mahu bekerja keras tanpa memikirkan soal remeh-temeh dan politik-politik tertentu. Namun, saya tidak mahu mengambil sikap bodohnya. Tahukah anda semut amat bodoh meskipun amat rajin. Jika ada seekor semut terjumpa seketul gula misalnya, dia akan segera pulang memberitahu rakan-rakannya. Lalu dia akan mengikut jalan yang sama yang digunakannya sehingga seketul gula itu ditemuinya kembali. Dia dan rakan-rakan akan menggunakan laluan yang sama untuk kembali ke situ dan begitulah seterusnya hinggalah makanan itu habis. Kemudian seluruh suku sakat dan kaum kerabatnya akan mengikut laluan yang sama juga walaupun ada jalan pintas yang lebih dekat.

Saya juga akan mengambil sikap labah-labah yang smart itu. Dia membina sarang dan duduk senang sepanjang masa. Konsepnya seperti bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Susah membina sarang berbaloi untuk hidup senang. Hidup memang perlu smart. Hanya orang smart akan dapat smart living melalui smart earning. Kaedahnya seperti menanam pokok pisang; menanam sekali makan selamanya. Samalah juga seperti menulis buku; menulis sekali tapi memunggut hasilnya sepanjang masa. Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya. Tidak pernah kita lihat indung lebah ada yang besar ada yang kecil. Ia benar-benar seperti manusia yang pandai matematik dan sains atau seperti manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya. Meskipun hebat segala segi, lebah boleh menyerang balik jika terancam. Sikap ini turut diperlukan sebab untuk membina kejayaan ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat serta kedudukan daripada diganggu.

Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas. Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain.

Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.“Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.”

Itulah lebah.

Friday, July 11, 2008

PASUKAN BOLASEPAK KELANTAN



PESANAN LUQMANUL-HAKIM




SAY THE COLOUR NOT THE WORD


MIMIK MUKA






KEAJAIBAN TANGAN






WASHING HAIR AFTER 26 YEARS..!!!-


80 year-old Mr. Luo lives in the little village of Chong Qing city in China. Wildly enough, he hasn't washed or cut his hair or beard for more than 26 years. His hair grew to 2 metres long and his beard was 1.5 metres.For the first time in 26 years, he decided to give himself a new look for a local animal sports event. All the townspeople lined up to give him a hand. After many failed attempts using regular shampoo, they spent a total of 5 hours and 3 packs of laundry detergent to wash him clean. In the end, Mr. Luo was a very happy man.