Monday, July 7, 2008

Kesan Gigitan Ular Orok-Orok




Ular orok-orok (atau nama englishnya rattlesnake) merupakan antara ular yang paling berbisa di dunia. Berdasarkan laman web wikipedia, terdapat 50 spesies ular orok-orok dan dibahagikan kepada banyak subspesies. Secara ringkasnya, taburan ular ini adalah sekitar gurun di sekitar benua Amerika dan juga beberapa kawasan kering di seluruh dunia.


Gambar-gambar ini dipetik dari laman web the morning star yang memaparkan kes yang berlaku di Amerika Syarikat. Seorang lelaki yang berasal dari Kentucky AS disabitkan 10 pertuduhan memiliki binatang berbahaya dan 15 pertuduhan memindahkan haiwan liar ke dalam daerah Kentucky tanpa permit.Pihak berkuasa masih menunggu keterangan soal-siasat lelaki terbabit memandangkan lelaki tersebut masih menjalani rawatan di hospital akibat patukan seekor ular orok-orok.


Ular orok-orok mempunyai bisa yang amat toksik dan mampu memusnahkan tisu hidup.Gambar-gambar yang dipaparkan ini merupakan kesannya ke atas tisu otot manusia.

No comments: