Saturday, July 12, 2008

Sejarah Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas - Tumpat (PPDPMT)

PPDPMT telah ditubuhkan serentak dengan pejabat Pendidikan Daerah yang lain pada 1.07.1982. Pada awalnya pejabat ini hanya menumpang di bangunan SK Lemal Pasir Mas dengan kakitangannya seramai tujuh orang pegawai dan empat orang kakitangan sokongan
Ia terletak lebih kurang 0.5 km dari bandar Pasir Mas.

Pada 1.05.1985, PPD Pasir Mas - Tumpat berpindah ke pejabat baru yang terletak 4 km dari pejabat lama. Ia terletak di Jalan Hospital Pasir Mas iaitu bangunan sendiri yang menelan belanja pembinaan sebanyak RM 150.000.00. Kini sebuah bangunan tiga tingkat telah dibina sebagai tambahan bangunan sedia ada bagi menampung keperluan yang kian bertambah.

Pada 29 April 1999, Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan satu peruntukan berjumlah RM 1.3 juta bagi membina dan menyiapkan bangunan tersebut dengan dilengkapi beberapa buah bilik pegawai , bilik mesyuarat, musalla, makmal simulasi, dan ruang tempat meletak kereta di tingkat bawah. Bangunan ini siap dibina sepenuhnya dan telah mula diduduki pada 16 Oktober 2000.

Sepanjang Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas - Tumpat Ini beroperasi seramai 9 orang pegawai telah menguruskan PPD Pasir Mas – Tumpat. Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas-Tumpat kini mempunyai seramai 52 kakitangan yang terdiri dari pegawai dan pembantu tadbir yang bertempat di unit KAFA, Unit Data dan Pejabat. Setiap unit mempunyai pegawai-pegawai yang terbahagi kepada pelbagai sektor masing-masing.

Sehingga sekarang PPDPMT ini masih lagi meneruskan operasinya dalam mencapai misi dan membantu para guru dalam menguruskan sektor sekolah bahagian jajahan bagi membentuk sekolah yang melahirkan para pendidik yang sistematik dan berpotensi dalam menjalankan tugas sebagai pendidik generasi negara.

No comments: