Monday, January 31, 2011

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA DAN PENOLONG KETUA DARJAH 2011

PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH


PENGAWAS SEKOLAH SESI 2011

Wednesday, January 19, 2011

Peruntukan RM247 juta untuk skim Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS)


Kerajaan memperuntukkan RM247 juta bagi melaksanakan skim Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) kepada 691,000 pelajar sekolah rendah di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi berkata, ia melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM194 juta berbanding bajet asal RM53 juta.

"Pada mulanya, pelaksanaan RMTS akan dilaksanakan berdasarkan statistik yang diperolehi daripada pendaftaran e-Kasih yang membabitkan 54,000 pelajar miskin sahaja.

"Bagaimanapun kementerian menerima banyak rungutan daripada pelbagai pihak berhubung pemilihan menerusi e-Kasih yang mendakwa ramai murid yang layak telah tercicir daripada menerima bantuan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ikatan Kasih Sulaman Budi bagi kawasan Parlimen Jerantut.

Beliau berkata, kerajaan kemudiannya mengarahkan supaya Kementerian Pelajaran menggunakan senarai daripada Sistem Maklumat Murid yang dibekalkan pihak sekolah bagi memilih pelajar yang layak menerima bantuan. – Bernama

Sunday, January 9, 2011

Laluan Masih Terhalang





Pagi ini keadaan air masih belum surut sepenuhnya. Kesemua laluan masuk ke SK Gual Sitok masih lagi dilimpahi air. Harap-harap keadaan akan pulih sepenuhnya besok. Rakaman foto ini dibuat pada jam 7.40pg -10/01/2011.

Lawatan KPPM


Bersama KPPM Dato' Abd Ghafar Mahmud, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Tuan Haji Hussain Awang dan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yasim di hadapan sekolah SK Rantau panjang semasa lawatan banjir ke sekolah-sekolah sekitar Rantau Panjang – 12.30tghari 09/01/2011