Monday, July 14, 2008

Rutin Harian Kita




Anda melakukan kerja yang sama setiap hari? Dan anda mula merasa bosan?

Kenapa tidak keluar dari tempurung. Kenali apa minat anda dan jadikan ia sebagai hobi dan dalam jangkamasa yang sama sebagai satu sumber menambahkan pendapatan. Kalau anda minat fotografi, belajar cara-cara yang dilakukan oleh pro dan insyaAllah anda akan mula mencipta pendapatan apabila orang lain mula menghargai hasil kerja anda.

Sebenarnya ada banyak lagi hobi yang unik umpamanya mengumpul barang-barang tertentu dan menjualnya di ebay. Ini semua adalah cara yang terkini yang membolehkan anda keluar dari dunia yang berulang-ulang.

Jangan terkejut kerana sudah ramai yang berjaya mencipta nama dari hobi dan akhirnya berhenti kerja kerana pendapatannya mengatasi pekerjaan tetap yang dilakukan selama ini.

No comments: