Monday, June 23, 2008

Di Mana Ada Kemahuan...






Namanya ialah Oscar Pistorius atau lebih dikenali sebagai “Blade Runner”. Beliau merupakan seorang pelari pecut bertaraf dunia berasal dari Sandton, Gauteng Province, Afrika Selatan. Baru-baru ini beliau telah memenangi 'pertarungannya' untuk bertanding di Sukan Olimpik Beijing 2008 setelah permohonannya ditolak pada 14 Januari 2008 kerana badan bertanggungjawab menganggap bilah larian ‘Cheetah Flex-Feet’ merupakan alat bantu yang memberinya kelebihan dalam pertandingan. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.
Apa yang hendak dibicara di sini ialah kesungguhan beliau dalam menempuh cabaran. Dengan 'kecacatan' yang beliau ada bukanlah menjadi penyebab untuk beliau berputus asa dengan menjadi peminta sedekah di tepi-tepi jalan tetapi beliau menukar 'kekurangan' tersebut menjadi satu 'kelebihan' yang menyebabkan beliau menjadi terkenal di seluruh dunia.Namun satu yang harus diingat, kejayaan bukan datang dalam sekelip mata. Ianya mesti disertai dengan minat dan kesungguhan yang berterusan.
Gambar di atas menceritakan segalanya. Sesiapa sahaja boleh berjaya sebenarnya termasuk anda. Kenalpasti bakat anda dan banyakkan membaca kisah mereka yang berjaya dalam bidang yang sama seperti mana bidang yang anda minati. Fokus. Dan bertawakal kepada Allah swt, insyaAllah jika semuanya mengikut landasan yang betul tidak mustahil anda akan mencapai matlamat anda.


No comments: