melalui Program Salam Permata.
peningkatan dalam P&P di bilik darjah.
yang lebih cemerlang dan pelajaran.
pendedahan tentang cara dan kaedah bagi mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan UPSR nanti.
Program ini adalah di bawah kelolaan Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Kelantan. Rombongan yang diketuai oleh Ketua Sektornya iaitu Tuan Haji Tarmizi bin Haji Musa dan Pegawai-Pegawai Khas Kaunselor PPD seluruh Kelantan bergerak ke seluruh sekolah terpilih di Kelantan ke arah menilai tahap keberkesanan Program Pembangunan Pendidikan Kelantan merealisasikan pencapaian " Cakna Pendidikan, Kelantan Tersohor 2010 ".
Program serampang empat mata ini melibatkan perkongsian bestari dengan pihak pengurusan sekolah, guru-guru melalui "e-cakna", ibu bapa dan para pelajar. Pelbagai maklumat telah dapat dikongsi dan diperincikan ke arah penambahbaikan dan peningkatan P&P di sekolah.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Azizan Hassan, Pegawai Khas Kaunseling PPD Pasir Mas yang telah mencalonkan SK Gual Sitok sebagai salah sebuah sekolah untuk projek ini.
Tahniah juga diucapkan kepada Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Kelantan di atas kunjungan yang amat bererti ini. Program sebegini amat bertepatan ke arah lonjakan saujana pencapaian JPN Kelantan menjadi " top 5 " bagi semua peperiksaan bermula tahun 2010.
No comments:
Post a Comment