Wednesday, August 26, 2009

Panduan Pencegahan Ragut dan Seluk Saku

Tempat di mana sering berlaku

* Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi
* Biasanya peragut berjalan kaki dan bermotosikal
* Penyeluk saku sering bertindak di tempat yang sibuk.

Bagaimana boleh berlaku

* Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
* Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
* Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
* Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.
* Meletakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta (passenger seat)
* Sibuk menjawab panggilan telefon /sms sehingga lupa keadaan sekitar.

Cara Pencegahan

* Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
* Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.
* Bagi lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang.
* Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah atau ketika memandu (Passenger Seat).
* Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak.
* Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tampat awam.
* Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut.
* Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.
* Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
* Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.
* Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain.
* Sentiasa berwaspada dengan persekitaran semasa menunggu di perhentian bas dan menjawab telefon/sms.

No comments: