Thursday, November 12, 2009

Hargailah Sumbangan Yang Diterima

Khamis 10 Okt 2009 - En. Abdullah Mat Yasim, Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang telah hadir merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM peringkat Sekolah Kebangsaan Gual Sitok pagi tadi.

Dalam ucapannya beliau meminta kepada semua ibubapa dan penjaga murid supaya melahirkan rasa syukur kerana terpilih sebagai penerima bantuan bagi pihak anak-anak. Beliau percaya sumbangan ini akan digunakan secara sebaik mungkin demi kepentingan pendidikan anak-anak.

Sebelum itu, En. Ismail bin Ag Senik yang merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gual Sitok turut berpesan kepada ibubapa agar dapat memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pencapaian anak-anak. Sumbangan yang diterima bolehlah digunakan untuk melengkapkan keperluan persekolahan anak-anak.

Untuk tahun 2009 sahaja, sejumlah RM 196, 650.00 (Seratus Sembilan Puluh Enam Ribu Enam Ratus Lima Puluh Ringgit) telah diperuntukkan untuk pembiayaan segala bentuk bantuan kepada sebahagian besar pelajar sekolah ini.

En. Abdullah juga yang dikenali dengan panggilan mesra sebagai Abe Lah juga berjanji akan sentiasa memberikan perhatian dan sumbangan kepada pihak sekolah jika perlu. Ini termasuklah usaha ke arah meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR.
Beliau berharap sekolah ini akan meningkat pencapaiannya dari tahun ke setahun.

1 comment:

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

"FIESTA AL QUDS TRAVEL FAIR"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Tel No : 609-747 9999