Monday, July 27, 2009

MAJLIS KONSULTASI BERSAMA YDP PIBG 2009






Suatu Majlis Konsultasi bersama YDP PIBG dan Ibu Bapa /Penjaga Pelajar Tahun 6 telah diadakan pada 26 Julai 2009 di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Gual Sitok.

Majlis ini bermula seawal pukul 7.45 pagi. Pelajar dan ibu bapa /penjaga telah bersama-sama berada di tapak perhimpunan sempena Perhimpunan Mingguan Sekolah. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Selamat Sultan dan Negaraku.

Dalam ucapan alu-aluan, Penolong Kanan Pentadbiran SK Gual Sitok, En. Othman bin Omar yang mewakili guru besar telah memberikan sedikit gambaran khususnya berkaitan pencapaian keseluruhan pelajar tahun 6 dalam peperiksaan setengah tahun yang lalu. YDP PIBG, Tuan Haji Ghazali Ismail pula mengambil peluang untuk memberikan nasihat dan panduan kepada pelajar dan ibu bapa dalam merencanakan kejayaan dalam pelajaran.

Sebaik sahaja perhimpunan tamat, majlis diteruskan lagi dengan perbincangan secara lebih terperinci berkaitan program seterusnya sehingga peperiksaan UPSR yang akan datang. Ibu bapa/ penjaga dan guru-guru telah bersetuju untuk meneruskan Kelas Malam secara intensif sehingga awal Ramadhan.

Foto-foto di atas berjaya dirakamkan sempena program berkenaan.

No comments: